Utusan Borneo (Sarawak)

Pekerja ladang nyaris maut, kenderaann­ya masuk gaung

-

MARUDI: Seorang pekerja ladang nyaris maut apabila kenderaan pacuan empat roda (4WD) dipandunya terlibat kemalangan sehingga terjatuh ke dalam gaung di Kilometer 22, Jalan Miri-Marudi dekat sini, awal pagi kelmarin.

Menurut sumber, mangsa seorang lelaki berusia 28 tahun semasa kejadian dalam perjalanan dari Miri pulang ke kem tempat beliau bekerja.

“Kemalangan berlaku apabila 4WD dipandunya seorang diri dipercayai hilang kawalan ketika melalui jalan sempit lalu terjatuh ke dalam gaung kira-kira jam 1 pagi.

“Mangsa bekerja sebagai pemandu kenderaan di sebuah ladang sawit terbabit mengalami kecederaan parah akibat kemalangan itu,” kata sumber.

Orang awam kebetulan melalui jalan tersebut kemudian membantu mangsa dan terus menghubung­i Hospital Miri bagi mendapatka­n bantuan.

Mangsa dibawa ke hospital menggunaka­n ambulans bagi mendapatka­n rawatan lanjut.

 ??  ?? TERHUMBAN: Keadaan 4WD dipandu mangsa mengalami kerosakan teruk selepas terjatuh ke dalam gaung di Kilometer 22, Jalan Miri-Marudi kelmarin.
TERHUMBAN: Keadaan 4WD dipandu mangsa mengalami kerosakan teruk selepas terjatuh ke dalam gaung di Kilometer 22, Jalan Miri-Marudi kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia