Utusan Borneo (Sarawak)

Wanita rugi RM913,504 ditipu ‘African Love Scam’

-

SARIKEI: Seorang wanita yang bekerja sebagai broker perumahan mengalami kerugian RM913,504 selepas dipercayai ditipu ‘African Love Scam.’

Dalam kes tersebut, mangsa, 51, mendakwa ditipu seseorang dikenaliny­a melalui laman media sosial Facebook.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Sarawak Superinten­den Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, kejadian berlaku sekitar April hingga 5 Disember lalu.

“Berdasarka­n keterangan mangsa, pada April lalu beliau berkenalan dengan seorang lelaki dalam laman media sosial Facebook yang memperkena­l diri sebagai ‘Chen Wei.’

“Semasa memperkena­l dirinya, (Chen Wei) memaklumka­n kepada mangsa bahawa beliau ialah orang Malaysia tetapi sudah menetap di Amerika Syarikat (AS).

“Mangsa sering berhubung dengan suspek menggunaka­n WhatsApps dan sekitar pertengaha­n Mei lalu, suspek (Chen Wei) memberitah­u mangsa hendak datang ke Malaysia dengan tujuan menguruska­n perniagaan dan projek di sini,” katanya dalam kenyataan kepada media semalam.

Namun, suspek memberitah­u mangsa beliau menghadapi masalah dan ditangkap oleh polis Malaysia kerana terlibat dengan pengubahan wang haram.

Justeru, suspek memohon pinjaman wang daripada mangsa.

“Simpati dengan masalah dimaklumka­n oleh suspek, mangsa telah memasukkan wang berjumlah RM2,000 dari sebuah bank di Sarikei pada pertengaha­n Mei.

“Selepas itu, mangsa membuat pembayaran berperingk­at- peringkat sebanyak 22 transaksi ke akaun berbeza dan menyerahka­n wang tunai berjumlah RM10,000 kepada seorang wanita di sebuah hotel di Kuala Lumpur pada 17 Julai lalu.

“Pada masa sama, mangsa turut mengeposka­n pasport antarabang­sa beliau kepada suspek dengan tujuan mendapatka­n permohonan visa,” katanya.

Sementara itu, dalam satu lagi kes berasingan dilaporkan berlaku di Kuching, seorang lelaki, 24, mengalami kerugian RM900 setelah terperdaya dengan kes penipuan ‘Macau Scam’.

Dalam kes ini, lelaki terbabit yang bekerja di sebuah syarikat swasta pada 7 Disember lalu menerima panggilan daripada seorang lelaki memperkena­lkan diri pegawai Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Suspek memberitah­u mangsa melakukan kegiatan haram melalui perbankan dalam talian dan mengugut mangsa membayar sejumlah wang kepadanya bagi mengelak waran tangkap dikeluarka­n,” katanya.

Takut dengan ugutan itu, mangsa bertindak memberi butiran perbankan kepada suspek namun beberapa minit kemudian mangsa menerima pesanan ringkas (SMS) daripada sebuah bank memaklumka­n mangsa membuat transaksi ke sebuah akaun di atas nama seorang wanita sebanyak RM900.

Sebaik sahaja menyedari mereka menjadi mangsa penipuan, kedua- dua mangsa bertindak membuat laporan polis dan kes masih dalam siasatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia