Utusan Borneo (Sarawak)

Hujan lebat, SK Nanga Sempili dilanda banjir

-

KAPIT: Hujan lebat malam kelmarin hingga pagi semalam menyebabka­n Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Sempili dilanda banjir.

Menurut laporan dari Pejabat Pendidikan Daerah Kapit, keadaan ini menyebabka­n paras air Sungai Balleh naik men- dadak dan membanjiri kawasan sekolah tersebut.

Sehingga jam 11 pagi semalam katanya, air masih naik dan tiada tanda ia akan surut.

Sekolah terbabit mempunyai 58 murid dan 14 staf.

Setakat ini, tiada mangsa dipindahka­n.

 ??  ?? BANJIR: Keadaan SK Nanga Sempili yang dinaiki air.
BANJIR: Keadaan SK Nanga Sempili yang dinaiki air.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia