Bomba berjaya potong cincin lekat di jari lelaki

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

LAWAS: Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas berjaya membantu memotong cincin melekat di jari seorang lelaki di Hospital Lawas, kelmarin.

Ketua BBP Lawas, Zaki Husin berkata pihak hospital bertindak menghubungi bomba bagi mendapatkan bantuan memotong cincin melekat di jari mangsa menyebabkan jarinya bengkak.

“Pasukan bertugas berjaya memotong cincin itu menggunakan peralatan khas,” katanya.

Menurutnya, seramai enam anggota terlibat dalam operasi yang bermula jam 6.44 petang itu.

POTONG: Anggota bomba memotong cincin melekat di jari mangsa di Lawas kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.