Utusan Borneo (Sarawak)

Petani kerugian RM7,000 peralatan di kebun lesap

-

LIMBANG: Seorang petani kerugian RM7,000 selepas pelbagai peralatan disimpan di rumah kebunnya lesap dilarikan pencuri dalam kejadian di Kampung Seledong, Rabu lalu.

Kejadian jam 9 pagi itu disedari mangsa, 58, ketika hendak memulakan aktiviti berkebun di kawasan rumahnya.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superinten­den Mohd Bukhori Saffai berkata antara barang hilang termasuk seunit enjin bot 15 kuasa kuda (hp), seunit enjin bot (8hp), dua buah gergaji, enjin generator dan sebuah lampu tembaga.

“Jumlah kerugian kejadian itu dianggarka­n bernilai RM7,000,” katanya di sini semalam.

Hasil siasatan awal mendapati lokasi kejadian merupakan sebuah rumah kebun di kawasan kebun lada mangsa dan terletak jauh dari jalan utama dan penempatan penduduk.

“Kali terakhir mangsa melawat rumah kebun dan melihat barang-barang tersebut pada Ahad lalu,” katanya.

Suspek dipercayai masuk dengan mengumpil gerigi besi tingkaprum­ahkebundan­memasang semula gerigi gesi setelah keluar berikutan terdapat kesan umpilan di bahagian tingkap.

Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia