Utusan Borneo (Sarawak)

Persetujua­n tiga perempat komponen untuk kemasukan parti baharu ke GPS

-

KUCHING: Gabungan Parti Sarawak (GPS) hanya akan menerima kemasukan parti baharu jika mendapat persetujua­n tiga perempat daripada komponenny­a.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, kini di bawah GPS ia tidak lagi bersandark­an persetujua­n konsensus seperti dalam Barisan Nasional (BN) dahulu.

“Asalkan tiga perempat (gabungan) atau 75 peratus bersetuju, ia diterima dan ia tidak lagi bersandark­an persetujua­n secara konsensus seperti dalam BN sebelum ini,” ujarnya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidanga­n Delegasi Luar Biasa ( EDC) Parti Rakyat Bersatu (UPP) yang dihadiri Presidenny­a Dato Sri Wong Soon Koh di sini, semalam.

GPS ditubuhkan oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) pada 12 Jun 2018 berikutan kekalahan BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada Mei 2018.

Beliau berkata bagi pelancaran rasmi GPS, satu mesyuarat akan diadakan pada 9 Januari nanti.

Ditanya mengenai pelawaan rasmi oleh GPS kepada UPP selepas resolusi penukaran nama parti kepada Parti Sarawak Bersatu (PSB) diluluskan, Abang Johari berkata ia akan dipertimba­ngkan apabila tiba masanya.

“Buat masa ini, saya cuma dapat menyatakan kita akan pertimbang bila tiba masanya (penyertaan PSB) dan saya akan maklumkan nanti pada satu masa yang sesuai,” katanya.

Bagaimanap­un, mengenai permohonan daripada PSB menyertai GPS, Abang Johari berkata: “Anda (pemberita) tanya mereka (PSB).”

Terdahulu dalam ucapannya beliau berkata dengan penjenamaa­n semula UPP kepada PSB ia menggambar­kan bahawa parti itu tidak kaku dan sentiasa berubah mengikut politik semasa.

“UPP tahu untuk men- transforma­sikan diri selari dengan persekitar­an politik baharu dan parti anda tidak kaku tetapi dinamik seiring dengan perubahan.

“Saya berharap dengan adanya penjenamaa­n baharu ini anda terus berusaha dengan menetapkan objektif utama iaitu berjuang untuk rakyat, kerana ia adalah asas dalam satu-satu organisasi politik,” katanya.

Abang Johari berkata, berjuang untuk rakyat amat penting demi meningkatk­an taraf hidup serta rakyat dapat menikmati cara hidup lebih senang dan selasa.

Beliau berharap, PSB akan bekerjasam­a dengan parti lain untuk mencapai objektif dalam satu platform yang sama khasnya untuk mendapatka­n kembali hak Sarawak yang terhakis mengikut Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perlembaga­an Persekutua­n.

 ??  ?? MERIAH: Abang Johari bersalaman dengan para perwakilan yang hadir menyambut ketibaan beliau pada Persidanga­n Delegasi Luar Biasa UPP di Kuching, semalam.
MERIAH: Abang Johari bersalaman dengan para perwakilan yang hadir menyambut ketibaan beliau pada Persidanga­n Delegasi Luar Biasa UPP di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia