Utusan Borneo (Sarawak)

UPP kini dikenali dengan nama PSB susulan persidanga­n

Delegasi turut sebulat suara bersetuju dengan logo baharu parti yang memperliha­tkan matahari terbit dari tanah Sarawak

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Parti Rakyat Bersatu (UPP) kini dikenali dengan nama baharu iaitu Parti Sarawak Bersatu (PSB).

Setiausaha Agung PSB George Lo berkata, penukaran nama parti tersebut dipersetuj­ui pada Persidanga­n Delegasi Luar Biasa (EDC) semalam.

Selain nama, delegasi turut sebulat suara bersetuju dengan logo baharu parti yang memperliha­tkan matahari terbit dari tanah Sarawak.

“Penukaran nama dan logo parti ini adalah sebahagian daripada perlembaga­an parti yang sebelum ini memperuntu­kkan nama parti adalah Parti Rakyat Bersatu (UPP).

“Tetapi selepas pindaan perlembaga­an parti yang dipersetuj­ui dalam EDC hari ini (semalam) parti kini dikenali sebagai Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan bukan lagi UPP,” katanya pada sidang media selesai EDC semalam.

Susulan persetujua­n untuk menukar nama dan logo parti semalam, parti akan menghantar pendaftara­n kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) Isnin ini bagi kelulusan.

“Meskipun penukaran nama dan logo parti masih belum dil- uluskan oleh ROS, tetapi dalam hati para ahli, kami adalah PSB dan tidak lagi UPP.

“Dari segi undang-undang, kami perlu menunggu kelulusan ROS, tetapi mulai kini kami mahu dikenali sebagai PSB,” ujarnya.

Terdahulu Presiden Dato Sri Wong Soon Koh ketika berucap pada perasmian EDC parti tersebut berkata, cadangan untuk mengubah nama dan logo parti telah disyorkan pada Persidanga­n Delegasi Tiga Tahun Sekali Kedua parti di Sibu pada 7 Julai 2018.

Bagi tujuan itu, satu pasukan petugas telah ditubuhkan untuk melihat cadangan penukaran nama dan logo parti dan mencadangk­an diadakan EDC semalam bagi membincang­kan dan memutuskan nama dan logo baharu parti.

“Sama ada UPP atau PSB, parti tidak akan mengubah ciri-ciri parti yang bersifat pelbagai kaum.

“Kami akan sentiasa men- jadikan prinsipal pelbagai kaum sebagai kekuatan parti dan akan menolak komunalism­e atau perkauman dalam sebarang bentuk.

“Kami tidak akan goyah dengan emosi dan dan bersikap lebih terbuka untuk menyatukan semua kaum dalam parti kami dan negeri Sarawak,” katanya.

Dalam pada itu seperti yang digambarka­n dalam logo baharu parti, di mana tanah Sarawak dengan matahari terbit, ia adalah simbol bahawa PSB adalah parti berasaskan Sarawak tulen.

Tiga warna yang digunakan ( kuning, hitam dan merah) mewakili warna negeri Sarawak yang menggambar­kan imej dan pandangan Sarawak yang pelbagai kaum.

Tetapi selepas pindaan perlembaga­an parti yang dipersetuj­ui dalam EDC hari ini (semalam) parti kini dikenali sebagai Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan bukan lagi UPP.

George Lo Setiausaha Agung PSB

 ??  ?? PENJENAMAA­N SEMULA: Lo (dua kanan) dan Wong (dua kiri) bercakap kepada pemberita selesai EDC, semalam. Turut kelihatan, Timbalan Presiden Datuk Dr Jerip Susil (kiri) dan Ketua Pemuda Dr Johnichal Rayong Ngipa.
PENJENAMAA­N SEMULA: Lo (dua kanan) dan Wong (dua kiri) bercakap kepada pemberita selesai EDC, semalam. Turut kelihatan, Timbalan Presiden Datuk Dr Jerip Susil (kiri) dan Ketua Pemuda Dr Johnichal Rayong Ngipa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia