Utusan Borneo (Sarawak)

22 mangsa letupan gas masih menerima rawatan

-

KUCHING: Seramai 22 mangsa yang terselamat dalam tragedi leputan gas CityONE Megamall pada Selalu lalu masih menerima rawatan setakat ini.

Pengarah Kesihatan Negeri Dr Jamilah Hashim berkata, daripada jumlah itu, 20 mangsa di Hospital Umum Sarawak (HUS) Kuching, manakala dua lagi dirawat di Borneo Medical Centre (BMC).

“Mangsa-mangsa di HUS adalah dua mangsa yang ditempatka­n di Unit Rawatan Rapi, seorang mangsa di Unit Rawatan Separa Rapi Neuro (NDHU), seorang di Wad Neurosurge­ri, tujuh di Wad Kebakaran, empat di Wad Urologi, empat di Wad Ortopedik Lelaki dan seorang di Wad Ortopedik Perempuan.

“Manakala, di BMC, dua mangsa diberikan rawatan di Wad Kebakaran dan keadaan kesemua mangsa adalah stabil,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata demikian bagi memberi penjelasan tentang situasi terkini mangsa terselamat susulan tragedi runtuhan dipercayai berpunca daripada letupan gas di sebuah kedai yang sedang diubah suai di CityONE pada 4 Disember lalu, di mana jumlah keseluruha­n mangsa terlibat adalah seramai 44 termasuk tiga kematian.

Dr Jamilah menambah, kesemua mangsa yang masih menerima rawatan perubatan tersebut dipantau tahap kesihatan mereka akibat mengalami luka terbakar pelbagai tahap, termasukla­h luka terbakar teruk dengan gangguan pernafasan, patah tulang, kecederaan pada tisu dan otot, luka-luka serta sesak nafas.

“Semoga kesemua mangsa tragedi tersebut segera sembuh dan dapat kembali ke pangkuan keluarga masingmasi­ng,” ujarnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia