Inisiatif terbaik bantu golongan kurang mampu dengan memberi makanan kepada mereka: Chong

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan - Oleh Rusnan Mustafa

KUCHING: Pihak pasar raya diajak untuk menyertai program Bank Makanan yang dilaksanakan bagi membantu golongan tidak berkemampuan dengan memberikan makanan kepada mereka.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen berkata, ini adalah inisiatif terbaik untuk membantu golongan tidak bernasib baik dengan memberi makanan kepada mereka dan pada masa sama, mengatasi masalah pembaziran makanan.

“Saya ucapkan tahniah kepada Yayasan AEON Malaysia yang sentiasa memberi sokongan terhadap programprogram kerajaan dalam bersama- sama membantu golongan yang memerlukan.

“Justeru, saya berharap pasar raya yang mempunyai barang makanan yang tidak dijual tetapi masih boleh digunakan menyertai program Bank Makanan agar dapat diagihkan kepada mereka yang memerlukan di negeri ini,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis

Saya ucapkan tahniah kepada Yayasan AEON Malaysia yang sentiasa memberi sokongan terhadap program-program kerajaan dalam bersama-sama membantu golongan yang memerlukan. Chong Chieng Jen Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

perasmian Sambutan Krismas dan Sesi Beli-Belah anjuran Yayasan AEON Malaysia dengan kerjasama Persatuan Kebangsaan Dayak Bidayuh ( DBNA) di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Chong yang juga Ahli Parlimen Stampin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Sentosa berkata, terdapat cabaran yang dihadapi kementerian di negeri ini bukan sahaja penglibatan syarikat swasta dalam program itu, tetapi juga penglibatan pemimpin masyarakat di peringkat kampung.

Sehubungan itu, beliau menggesa pemimpin masyarakat dapat memberi kerjasama dalam mengenal pasti golongan yang memerlukan di kampung-kampung supaya bantuan tersebut dapat disalurkan dengan jayanya.

“Kita tidak boleh menunggu sukarelawan atau NGO datang ke tempat kita sahaja tetapi penglibatan pemimpin masyarakat dalam mendapatkan maklumat dan mengenal pasti golongan yang memerlukan ini di kampungkampung amat diperlukan supaya program ini berjaya dilaksanakan,” tegasnya.

Pada masa sama beliau berkata, kerajaan negeri juga perlu terlibat sama dengan agensi dan jabatan kerajaan persekutuan dalam menjayakan program seumpama itu di negeri ini.

“Saya berharap lebih banyak program berbentuk kemasyarakatan dan kebajikan seperti ini dapat dilaksanakan di negeri ini pada masa akan datang,” ujarnya.

Chong memberitahu, Pulau Pinang menjadi negeri pertama yang melancarkan program perintis itu pada hujung bulan ini seterusnya diperluaskan di negeri-negeri lain.

Dalam perkembangan lain, Chong berkata, kementeriannya akan mengenal pasti mekanisme terbaik bagi memudahkan pihak pasar raya mengadakan promosi jualan murah.

Jelasnya, sebelum ini pihak pasar raya menjalani proses rumit yang mana mereka perlu membuat permohonan 40 hari sebelum hari promosi jualan murah diadakan, selain perlu menyenaraikan kes- emua barangan yang hendak diberikan harga diskaun.

Selain itu katanya, polisi sebelum ini ialah pihak pasar raya yang mahu mengadakan jualan murah perlu memohon 40 hari sebelum hari jualan itu kepada kementerian dan perlu menyenaraikan semua item yang hendak dijual pada harga diskaun dan ini menyulitkan.

“Kita berbincang dengan kementerian dan akan mengenal pasti perkara ini agar dapat dilakukan lebih mudah untuk pasar raya mengadakan jualan murah.

“Apa yang penting adalah jika lebih banyak jualan murah dapat diadakan ia akan membantu serta memberi penjimatan kepada pengguna kira-kira 30 hingga 40 peratus,” katanya.

Hadir sama Naib Presiden Yayasan AEON Malaysia Kenji Fujita, Naib Presiden DBNA Jimas Jihel dan tetamu kehormat lain.

Sebanyak 50 keluarga dan 100 kanak-kanak dari Annah Rais dirai pada sambutan Krismas dan menerima sumbangan berupa makanan dan wang tunai selain dibawa pergi membeli-belah di Pusat Beli-Belah AEON Kuching.

DIRAI: Chong (tengah) ditemani Kenji dan Jimas merakam kenangan bersama penerima sumbangan Krismas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.