Utusan Borneo (Sarawak)

PSB wajar hebatkan perjuangan menjuarai rakyat: Penganalis­is

-

KUCHING: Perjuangan membela rakyat, sama penting dengan penukaran nama sesebuah parti politik, kata penganalis­is politik Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi.

Beliau berkata, apa yang mustahak untuk dibuktikan ialah perjuangan memaju- kan rakyat dan bukan atas kepentinga­n kelompok sahaja, katanya ketika diminta mengulas mengenai Parti Rakyat Bersatu (UPP) yang menukar nama kepada Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan logo baharu.

Menurutnya, penjenamaa­n semula sesebuah parti poli- tik bukan perkara baharu, contohnya Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang ditubuhkan selepas empat parti keluar Barisan Nasional (BN) Sarawak.

Beliau yang yakin penukaran nama itu telah dikaji sedalam-dalamnya oleh barisan kepimpinan UPP ber- kata, tindakan tersebut juga dilihat memberi semangat baharu kepada para ahli.

“Penting juga ialah sejauh mana mereka mampu menarik sokongan masyarakat. Bagaimana mereka mengemukak­an idea dan gagasan untuk memajukan warga Sarawak.

“Sejauh mana UPP lebih baik berbanding DAP atau PKR? Sejauh mana UPP dapat menyelesai­kan isu-isu di kawasan diwakili mereka?” soalnya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, persoalan tersebut merupakan cabaran kepada UPP selepas dijena- makan semula.

Tiada guna dijenamaka­n semula jika tidak dapat membuktika­n perjuangan mereka tidak berteraska­n rakyat, katanya.

“Jangan umpama ular bersalin kulit. Struktur sahaja berubah, tetapi isi masih sama,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia