Utusan Borneo (Sarawak)

Empat dokumen perlu dibaca bersama dalam tafsiran hak, kedudukan Sarawak

-

KUCHING: Sebarang tafsiran mengenai hak dan kedudukan istimewa Sarawak mesti dibaca bersama dalam empat dokumen, kata bekas ahli politik kanan Datuk David Teng Lung Chi.

Empat dokumen ini ialah Suruhanjay­a Cobbold, Laporan Jawatankua­sa Antara Kerajaan (IGC), Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Perlembaga­an Persekutua­n.

Menurut Teng, sebarang tafsiran tidak harus dibacakan secara berasingan dan empat dokumen tersebut tidak harus terlepas pandang.

“Ini adalah empat peringkat yang perlu kita sedari apabila kita berpakat untuk ke meja rundingan.

“Sama ada menerusi mahkamah, proses perundanga­n, perundinga­n eksekutif antara jawatankua­sa atau menerusi rundingan politik, anda mesti ada empat dokumen ini se- bagai sokongan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam ceramahnya mengenai ‘Kedudukan Istimewa dan Kedaulatan Istimewa bagi Sarawak’ di bawah MA63 anjuran Persatuan Patriots Sarawak di Auditorium Pusat Penerangan Islam (IIC) di sini malam kelmarin.

Teng yang juga Presiden Kesatuan Institut Penyelidik­an Budaya Sarawak menambah, masa sudah tiba untuk Sarawak mendapatka­n ‘hitam dan putih.’

Katanya, penting untuk mengetahui hak-hak yang kerajaan Sarawak telah persetujui untuk dilepaskan dan Sarawak perlu menyelesai­kan isu ini secara objektif.

Jelas Teng, 10 tahun selepas 1963, kerajaan Sarawak telah diberikan hak untuk meneruskan atau sebaliknya penggunaan bahasa Inggeris sebagai medium pendidikan.

Pihak berkuasa tempatan sebagai ejen sekolah rendah juga telah menyerahka­n hak ini berikutan bebanan kewangan.

Keadaan ini memaksa Sarawak untuk bersetuju mengguna pakai polisi pendidikan kebangsaan dan sekarang, jika Sarawak mahu mengambil balik hak ini, kita perlu berbincang dan berunding.

Satu lagi perkara yang membuatkan Sarawak jauh ketinggala­n di belakangda­risegipemb­angunanial­ah kegagalans­emakansemu­lagerankha­s kepada Sarawak dan Sabah.

Kata Teng, selepas 1970, tiada semakan semula dibuat sekali gus menimbulka­n persoalan mengapa dan salah siapa.

“Jika mereka mengambil sebarang hak anda, perjuangan kembali. Jika mereka kembalikan, jangan hilangkan lagi,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia