Utusan Borneo (Sarawak)

Projek bernilai RM11 juta akan memberi manfaat kepada penduduk pekan kecil Medamit dan kawasan sekitarnya

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Kerja- kerja penyambung­an saluran paip Bekalan Air Luar Bandar (BALB) dari Simpang Ukong ke Medamit bernilai RM11 juta sedang giat dilaksanak­an.

Ahli Parlimen Limbang Hasbi Habibollah berkata, BALB merupakan projek di bawah kerajaan negeri melalui pentadbira­n bekas Ketua Menteri Allahyarha­m Pehin Sri Adenan Satem dengan peruntukan RM5 juta.

Bagaimanap­un kata beliau, selepas kajian semula dilakukan berlaku pertambaha­n kos bagi projek itu dengan jumlah keseluruha­n RM11 juta kerana ia lebih menyeluruh meliputi kawasan dan simpang berhampira­n.

“Pembinaan tangki air di kawasan berhampira­n Lubuk Tuan 25 kilometer dari pusat bandar juga sedang giat dilakukan,” ujarnya ketika ditemui media pada Bazar Krismas 2018 di Pekan Medamit dekat sini, semalam.

Turut hadir Wali Kota Majlis Daerah Limbang (MDL) Kaunselor Sufian Mohat, pengerusi program Kaunselor Rumai Sangau dan Temenggung Willie Marum.

Hasbi berkata, BALB terse- but meliputi pekan kecil Medamit yang merangkumi sekolah menengah luar bandar SMK Medamit dan kawasan sekitarnya.

“Jika siap pemasangan paip nanti, kawasan sekitarnya akan menikmati kemudahan air bersih,” ujarnya lagi.

Terdahulu katanya, masyarakat yang akan meraikan perayaan Krismas perlu menggunaka­n semangat Krismas untuk terus mengeratka­n silaturahi­m, perhubunga­n sesama keluarga dan masyarakat.

“Ini penting kerana Sarawak merupakan negeri berbilang kaum, hidup aman, hormatmeng­hormati antara satu sama lain.

“Malah, agama kita juga mengajar agar kita sen- tiasa berbuat baik, bekerjasam­a dan hidup dengan harmoni,”jelasnya.

Katanya, sikap memecahbel­ahkan masyarakat perlu dielak agar keharmonia­n beragama dalam pelbagai kaum terus dipelihara.

Mengenai Bazar Krismas yang diadakan itu jelasnya, ia dapat memberi peluang untuk masyarakat berniaga, selain membuat persediaan untuk meraikan perayaan Krismas tidak lama lagi.

Pada majlis itu, Hasbi mengumumka­n geran kerajaan sebanyak RM15,000 kepada Jawatankua­sa Medamit.

 ??  ?? TERIMA KASIH: Rumai menyampaik­an cenderamat­a kepada Hasbi pada majlis tersebut.
TERIMA KASIH: Rumai menyampaik­an cenderamat­a kepada Hasbi pada majlis tersebut.
 ??  ?? DIRAIKAN: Kanak-kanak dari tiga rumah amal yang diraikan pada majlis malam kelmarin merakamkan gambar kenangan bersama tetamu jemputan.
DIRAIKAN: Kanak-kanak dari tiga rumah amal yang diraikan pada majlis malam kelmarin merakamkan gambar kenangan bersama tetamu jemputan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia