Utusan Borneo (Sarawak)

Daro masih bebas banjir, kecuali air pasang besar: Safiee

-

SIBU: Kawasan Daro masih bebas daripada banjir kecuali daripada kejadian air pasang besar, meskipun hujan lebat turun sejak beberapa hari lepas.

Perkara ini disahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Daro Safiee Ahmad ketika ditanya mengenai kemungkina­n banjir di kawasan Daro.

“Seperti biasa setiap musim hujan, kita akan mengaktifk­an bilik operasi banjir yang diketuai oleh Pejabat Daerah.

“Kita telah mengenal pasti beberapa kampung yang ser- ing terjejas akibat kejadian air pasang besar seperti Kampung Pangtray dan Kampung Tengah,” ujarnya.

Sementara itu di Sibu, berdasarka­n laman sesawang iHYDRO, stesen aras air di Nanga Lemai B menunjukka­n paras air telah melepasi aras waspada iaitu 3.05 meter pada jam 1 petang semalam.

Di Kapit, bacaan aras air di stesen Nanga Merit, Gaat B dan Nanga Entawau juga telah melepasi aras waspada. Stesen ini mencatatka­n aras air 20.37 meter, 43.94 meter dan 11.92 meter.

Sehubungan itu, penghuni di sekitar kawasan terbabit dikehendak­i sentiasa berjaga-jaga.

 ??  ?? SAFIEE
SAFIEE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia