Utusan Borneo (Sarawak)

Pembanguna­n sekitar Batang Igan lebih pantas dengan pembinaan jalan raya

-

MUKAH: Penduduk sekitar Batang Igan diharap bersabar menantikan pembanguna­n yang bakal dibawa ke kawasan itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng Datuk Dr Juanda Jaya berkata, ia akan bermula dengan pantas setelah jalan raya berjaya dibangunka­n di kawasan itu.

“Hari ini (semalam) kita merasmikan Jalan KebuawIgan sepanjang lebih kurang enam kilometer yang turut merangkumi tiga jambatan,” ujarnya pada Majlis Sambutan Pra-Krismas Peringkat Daerah Matu dan Perasmian Jalan Kebuaw-Igan semalam.

Juanda berkata, ia sebenarnya perkara yang mungkin difikirkan agak mustahil untuk dijadikan kenyataan sepuluh tahun lalu, namun ia terbukti dapat dilaksanak­an.

Mengakui ia bukanlah satu tugas mudah, namun kehendak rakyat dan keperluan itu harus disempurna­kan.

“Sebab kita tahu setelah jalan raya dapat dibuat, maka pembanguna­n lain akan turut segera mengekori,” jelasnya.

Beliau turut memberitah­u, jalan berkenaan akan diturap dan dijangka siap sepenuhnya pada awal Januari 2019.

Bukan sahaja itu, jalan penghubung seterusnya Kebuaw-Teluk Deloh yang lebih kurang sama panjang turut akan diusahakan dan telah beliau mengutarak­annya pada sidang DUN lalu.

Pada masa sama, Juanda turut memberitah­u Jalan Igan- Sungai Ilas turut dalam proses tender.

“Kita mahu semua penduduk bersabar kerana setiap pemimpin tidak akan lari daripada komitmen membangunk­an negeri dan kawasannya,” jelasnya.

Juanda berpesan supaya keistimewa­an hidup harmoni walaupun saling berbeza agama dan bangsa terus diutamakan.

Hanya melalui itu juga setiap pembanguna­n dan keseluru- han impian akan dapat dicapai, katanya.

Majlis sama turut menyaksika­n isterinya Datin Shanti Ahmad menyerahka­n bantuan kepada penduduk mewakili Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI).

Turut hadir Pegawai Daerah Matu Wan Hipeni Wan Mohd, Jurutera Bahagian Mukah Toh Cjee Leong, Ketua Kaum Kampung Kebuaw Ismail Kiai, Tuai Rumah Mission Sangau serta penduduk sekitar.

 ??  ?? SIMBOLIK: Juanda (empat kiri) ketika memotong kek tanda perasmian majlis bersama yang lain.
SIMBOLIK: Juanda (empat kiri) ketika memotong kek tanda perasmian majlis bersama yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia