Utusan Borneo (Sarawak)

10,000 penunggang motosikal berkuasa tinggi berkampung untuk Edisi Ke-8 SBW

-

SIBU: Kira-kira 10,000 penunggang motosikal berkuasa tinggi dari seluruh negeri dan beberapa negara lain berkampung di bandar ini untuk menjayakan penganjura­n Edisi Ke-8 Sibu Bike Week (SBW).

Edisi kali ini yang diadakan di Dataran Bandar Sibu Fasa II dianjurkan oleh Razz Chopper MC.

Presidenny­a, Abdul Razak Abdul Salam berkata, acara ini berlangsun­g dari 7 hingga 9 Disember ini.

Jelasnya ketika ditemui semalam, pelbagai aktiviti, pameran dan jualan diadakan di tapak acara.

“Pada penganjura­n kali ini, para pengunjung di tapak SBW akan dihiburkan dengan pen- yanyi legenda tanah air iaitu Mus May pada sebelah malamnya (8 Disember),” tambahnya.

Objektif penganjura­n SBW tambahnya, adalah mempromosi­kan pelanconga­n sukan permotoran serta mengukuhka­n lagi hubungan di antara kelab-kelab motosikal berkuasa tinggi di negara ini dan negara lain.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: Razak (berdiri, enam kiri) ketika bersama peserta SBW di Sibu, semalam.
UNTUK ALBUM: Razak (berdiri, enam kiri) ketika bersama peserta SBW di Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia