103 penduduk Kuala Tatau terima cermin mata baharu daripada SOPB

Utusan Borneo (Sarawak) - - Tempatan -

MIRI: Seramai 103 penduduk rumah panjang dari Kuala Tatau menerima cermin mata baharu di bawah projek Sarawak Oil Palms Berhad (SOPB) baru-baru ini.

Majlis penyampaian cermin mata itu diadakan pada 5 Disember lalu di Rumah Buli Jamit, Sungai Semanok, Kuala Tatau.

Penerima merupakan penduduk dari lebih 10 rumah panjang di kawasan operasi SPOB di Kuala Tatau yang sebelum ini menjalani pemeriksaan mata pada November.

Jurucakap daripada Jabatan Perkhidmatan Awam SOPB Enki Pati berkata, daripada 103 penerima itu, 15 penerima disahkan mengalami masalah penglihatan dan memerlukan rawatan lanjut di Klinik Kesihatan Jepak.

“Ini membolehkan pesakit mendapat pemeriksaan rawatan secara lebih terperinci untuk menentukan sama ada pesakit perlu menjalani pembedahan pterygium atau pembedahan katarak.

“Pembedahan ini akan dilakukan di Hospital Bintulu dan dibiayai oleh SOPB. Keputusan setakat ini mengesahkan empat daripada pesakit akan menjalani pemerik- saan lanjut di hospital untuk pemeriksaan dan pembedahan,” katanya.

Hadir sama pada majlis penyampaian cermin mata tersebut ialah Pengurus Estet SOPB Budut Tumbai dan Benedict Baja Malila, Tuai Rumah Buli Jamit dari Sungai Semanok dan Tuai Rumah Lebong Luang dari Sungai Seterus dan kakitangan dari Ibu Pejabat SOPB.

Sementara itu, tuai- tuai rumah berterima kasih kepada SOPB atas komitmen jangka panjang mereka untuk membantu masyarakat tempatan melalui program seumpama itu.

Projek SOPB Vision Care merupakan salah satu projek tanggungjawab sosial syarikat bertujuan menghindari masalah penglihatan yang boleh membawa kebutaan di kalangan masyarakat luar bandar seterusnya membantu mereka mendapatkan rawatan mata.

PROGRAM MURNI: Kakitangan SOPB bergambar bersama sebahagian penerima cermin mata di Rumah Buli Jamit, Sungai Semanok Kuala Tatau baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.