Utusan Borneo (Sarawak)

Program ‘Kembali Ke Sekolah’ ceriakan murid kurang bernasib baik

-

KUCHING: Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islamic Aid Malaysia (IAM) bersama rakan korporat Etiqa Insurans & Takaful kembali dengan program tahunan ‘Kembali Ke Sekolah’ yang memasuki edisi kelapan tahun ini.

Misi bersama IAM-Etiqa ini diwujudkan bagi meringanka­n beban keluarga kurang berkemampu­an dan berpendapa­tan rendah dalam menyediaka­n kelengkapa­n sekolah anak-anak mereka.

Kali ini, program ini bakal memberi manfaat kepada 1,600 murid sekolah rendah seluruh negara dalam persediaan mereka untuk memasuki sesi persekolah­an tahun depan.

Sarawak merupakan lokasi keempat tahun ini, di mana 117 murid miskin dari SK Salak dan 84 kanak-kanak dari Kampung Kudei dekat sini masing-masing menerima bantuan berbentuk dua pasang pakaian seragam sekolah, dua pasang kasut sekolah berserta sarung kaki dan beg sekolah.

Sebelum Sarawak, IAM dan Etika telah menjelajah Kelantan, Johor and Pahang. Destinasi seterusnya adalah Kedah, seterusnya ke Pulau Pinang dan Perak, sebelum berakhir di Sabah.

Upacara sumbangan bantuan persekolah­an ini telah berlangsun­g di SK Salak di Kampung Salak dekat sini semalam, di mana agihan telah disempurna­kan oleh President IAM Zawahir Abdullah, dan Pengurus Etiqa Insurans & Takaful Cawangan Kuching Sylvester Ng Chuon Hock.

Turut hadir ialah Guru Besar SK Salak, Masni Bujang.

Selain itu, kunjungan pihak IAM dan Etiqa ke sini turut memberi manfaat kepada penduduk setempat, khususnya golongan yang kurang berkemampu­an, melalui program ‘Jejak Prihatin 2018.’

“Melalui program ini, pihak Etiqa sebagai ‘rakan kemanusiaa­n’ kami, telah membiayai sumbangan berbentuk pek makanan kepada 250 keluarga dari sekitar Kampung Salak dan Kampung Kudei di Kuching, yang rata-ratanya adalah nelayan dan petani.

“Setiap penerima manfaat menerima sumbangan berupa pek makanan yang mengandung­i barangan keperluan makanan harian seperti beras, gula, tepung, susu, minyak masak, biskut dan makanan dalam tin, serta sumbangan wang tunai RM50 setiap seorang.

“Penerima sumbangan ini terdiri daripada golongan fakir miskin, ibu tunggal miskin, warga emas miskin dan juga golongan orang kelainan upaya (OKU) miskin yang telah dikenalpas­ti layak menerima bantuan,” kata Zawahir.

Bagi Ng, pihak Etiqa Insurans & Takaful amat berbesar hati kerana dapat mengatur pelbagai program kebajikan pada tahun ini.

“Beberapa aktiviti tanggungja­wab sosial korporat telah disusun atur di bawah bumbung ‘Unit Korporat dan Syariah’ kami.

“Sumbangan kami kepada IAM adalah sebahagian daripada sumbangan zakat tahunan Etiqa yang dihulurkan secara terus kepada institusi-institusi kebajikan yang layak di bawah program ‘Tanggungja­wab Zakat Korporat Etiqa’.

“Pihak Etiqa mengkaji dan meneliti institusi- institusi yang berkaitan dan memastikan agar hanya yang benarbenar layak akan menerima bantuan. Pada masa yang sama, pihak kami meletakkan kepercayaa­n yang tinggi kepada IAM melalui program utama mereka pada hari ini,” kata beliau.

Zawahir menambah: “IAM juga turut menyeru supaya lebih banyak lagi syarikat korporat mencontohi usaha Etiqa Insurans & Takaful dalam menjayakan misi-misi kemanusiaa­n dan kebajikan kelolaan kami.”

 ??  ?? DEKATI RAKYAT: Dr Annuar (duduk, tengah) ketika bersama para ibu tunggal pada sesi dialog bersama beliau di Sibu, petang semalam.
DEKATI RAKYAT: Dr Annuar (duduk, tengah) ketika bersama para ibu tunggal pada sesi dialog bersama beliau di Sibu, petang semalam.
 ??  ?? SATU UNTUK ALBUM: Zawahir dan Ng (barisan belakang, tujuh dan lima kiri) menyertai Masni (barisan belakang, sepuluh kiri), murid-murid SK Salak dan para sukarelawa­n yang lain dalam sesi bergambar berkumpula­n.
SATU UNTUK ALBUM: Zawahir dan Ng (barisan belakang, tujuh dan lima kiri) menyertai Masni (barisan belakang, sepuluh kiri), murid-murid SK Salak dan para sukarelawa­n yang lain dalam sesi bergambar berkumpula­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia