Utusan Borneo (Sarawak)

Ada pemilik lot di skim penempatan semula Kampung Bahagia Jaya, Teku masih belum bina rumah antara 10 dan 30 tahun lalu

-

SIBU: Lebih 200 pemilik lot di skim penempatan semula Kampung Bahagia Jaya, Teku yang ditawarkan Jabatan Tanah dan Survei (JTS) dan belum membina rumah antara 10 dan 30 tahun lalu diberi peringatan terakhir sehingga April tahun depan agar berbuat demikian.

Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam Dr Annuar Rapa’ee berkata, JTS telah menghantar surat peringatan tersebut kepada pemilik- pemilik lot berkenaan supaya mendirikan rumah di lot masing-masing dengan kadar segera.

Selain itu katanya, beliau juga telah meminta JTS untuk menyiarkan namanama pemilik lot-lot tersebut dalam akhbar.

“Ada di kalangan pemilik- pemilik lot berkenaan yang sehingga kini sudah mencecah tempoh 30 tahun masih gagal membina rumah dan membiarkan lot kosong begitu sahaja, ini sudah terlalu lama. Malah, ada di

Ada di kalangan pemilik-pemilik lot berkenaan yang sehingga kini sudah mencecah tempoh 30 tahun masih gagal membina rumah dan membiarkan lot kosong begitu sahaja, ini sudah terlalu lama.

kalangan mereka juga tidak dapat dikesan lagi.

“Sekiranya mereka tidak membina rumah di lot masing-masing sehingga April tahun depan, JTS akan menarik balik lot-lot tersebut untuk diberi kepada pemohon yang layak serta benar- benar memerlukan lot untuk mendirikan dan memiliki rumah sendiri,” ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Dialog ‘Sepetang Bersama YB Dr Annuar’ yang dihadiri golongan ibu tunggal di Dewan Kelab Melayu Kampung Nyabor ( MUC) di sini, petang semalam.

Dr Annuar juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka berkata, langkah itu adalah untuk memberi peluang kepada lebih ramai dari kalangan rakyat dalam kawasan Nangka yang benarbenar layak dan memerlukan lot bagi membina rumah.

Sementera itu, beliau juga Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi berkata, kerajaan negeri telah memperuntu­kkan dana berjumlah RM1 juta di bawah Program Transforma­si Luar Bandar (RTP) untuk membaik pulih sejumlah 63 gerai penjaja kecil yang usang di kampung- kampung dalam kawasan DUN Nangka.

Setakat ini katanya, seban- yak tujuh gerai sedang dalam proses baik pulih, manakala selebihnya akan menyusul.

Terdahulu, semasa menjawab pertanyaan peserta majlis dialog tersebut, beliau berkata, golongan ibu tunggal perlu berbincang sesama mereka untuk mengenal pasti bidang perniagaan yang boleh diceburi bagi menambah sumber pendapatan.

Menurutnya, golongan berkenaan tidak boleh bergantung sepenuhnya dengan bantuan kerajaan sepanjang hayat mereka.

Beliau berkata, perkhidmat­an membuat dan menjahit pakaian merupakan antara bidang yang boleh diceburi kerana mempunyai pasaran luas dan permintaan tinggi terutama pada musimmusim perayaan.

Di samping itu katanya, golongan ibu tunggal juga perlu menceburi perniagaan pembungkus­an dan sejuk beku pulut panggang Sibu yang terkenal di Sarawak kerana keenakanny­a untuk di pasar ke hotel-hotel dan kedai-kedai kopi di seluruh negeri.

Dr Annuar Rapa’ee Menteri Muda Perumahan dan Kesihatan Awam

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia