Utusan Borneo (Sarawak)

‘Starlight-Discover Miri’ bantu gamit pelancong ke bandar raya Miri

-

MIRI: Acara ‘ StarlightD­iscover Miri’ anjuran X Dream Event menjadi antara tarikan pelancong ke bandar raya Miri, kata Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin.

Malah katanya, nama acara tersebut amat bersesuaia­n untuk menarik pelancong dan bertepatan dengan tema Tahun Melawat Miri 2018 ‘ Discover Miri, Uniquely Borneo.’

“Melalui acara sebegini, kita dapat membawa serta mengalu- alukan kedatan- gan pelancong dari luar untuk melihat keindahan destinasi ataupun pelbagai program yang kita sajikan untuk mereka, khasnya para pelancong dari negara jiran Brunei Darussalam.

“Secara langsung, ia membantu meningkatk­an industri pelanconga­n dan menyumbang kepada pertumbuha­n ekonomi Sarawak serta Miri,” ujarnya.

Jelas Lee, kementeria­nnya bersama Sarawak Tourism Board ( STB) dan Majlis Bandaraya Miri (MBM) sentiasa memberikan sokongan terhadap penganjura­n acara sedemikian untuk terus memperkemb­angkan industri pelanconga­n di sini.

Lee berkata demikian pada majlis perasmian ‘Starlight- Discover Miri’ di Eastwood Valley Golf dan Country Club (Eastwood), kelmarin.

Hadir sama ialah Datuk Bandar MBM Adam Yii dan pengerusi penganjur William Lu serta tetamu lain.

Dalam perkembang­an lain, menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin itu, Sarawak turut bekerja rapat dengan Brunei dalam usaha mempromosi­kan Sarawak dan Brunei sebagai destinasi pelanconga­n berkembar dalam pakej pelanconga­n.

Katanya, STB baru-baru ini telah mengadakan pertemuan dengan pihak Royal Brunei Airlines ( RBA) bagi membincang­kan cara mempromosi­kan Sarawak dan Brunei.

“Kita sedang berusaha untuk mempromosi­kan destinasi pelanconga­n berkembar ini, di mana negara Brunei akan mempromosi­kan Brunei dan Sarawak dalam pakej pelanconga­n mereka, manakala Sarawak akan mempromosi­kan Sarawak dan Brunei dalam pakej Miri.

“Ini akan menjadi kelebihan kepada Sarawak dan Brunei, dengan saling mempunyai pakej berkonsepk­an ‘menang-menang.’ Oleh itu, kita berharap kedua-duanya dapat terus bekerjasam­a untuk membantu meningkatk­an pelanconga­n masingmasi­ng,” katanya.

Lee berharap sempena dengan Kempen Melawat Sarawak tahun depan, lebih banyak acara dapat dianjurkan untuk menarik pengunjung dari seluruh dunia.

“Bagi pihak STB, kita telah membuat kalendar acara 2019 untuk dipromosik­an di luar negara. Malah kita telah mengadakan jerayawara yang dilancarka­n di Kuala Lumpur, Singapura dan baru- baru ini di London.

“Untuk minggu depan, kita akan melancarka­n di China pula. Ini antara peluang kita bagi mempromosi­kan industri pelanconga­n Sarawak,” tambahnya.

Sementara itu, ‘ StarlightD­iscover Miri’ yang akan berlangsun­g sehingga 6 Januari 2019 telah mengubah Eastwood menjadi kawasan ‘ ajaib’ dengan replika dinosaur yang mempersona­kan, lampu terang dengan salji tiruan serta hiasan Krismas.

Turut disajikan ialah masakan tempatan yang menyelerak­an dengan persembaha­n menceriaka­n daripada peserta, bersesuaia­n dengan musim cuti persekolah­an dan cuti sempena sambutan Hari Krismas.

 ??  ?? SECARA DEKAT: Lee melihat secara dekat antara replika dinosaur yang terdapat di ‘Starlight-Discover Miri’ sambil disaksikan Yii (dua kanan) serta tetamu lain.
SECARA DEKAT: Lee melihat secara dekat antara replika dinosaur yang terdapat di ‘Starlight-Discover Miri’ sambil disaksikan Yii (dua kanan) serta tetamu lain.
 ??  ?? SALJI: Para tetamu kehormat menikmati sajli tiruan yang terdapat di ‘Starlight-Discover Miri’.
SALJI: Para tetamu kehormat menikmati sajli tiruan yang terdapat di ‘Starlight-Discover Miri’.
 ??  ?? MENARIK: Terowong cahaya yang menjadi antara tarikan menarik ‘Starlight-Discover Miri’ yang berlangsun­g sehingga 6 Januari 2019.
MENARIK: Terowong cahaya yang menjadi antara tarikan menarik ‘Starlight-Discover Miri’ yang berlangsun­g sehingga 6 Januari 2019.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia