Utusan Borneo (Sarawak)

Mereka perlu nilai tambah, ketahui cara yang betul untuk mendapat tempat dalam sektor pekerjaan zaman moden

-

KUCHING: Segulung sijil atau ijazah bukan faktor tunggal yang menentukan kebolehpas­aran seseorang graduan dalam sektor pekerjaan pada zaman ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja John Ilus berkata, banyak perkara yang harus dinilai dan ditambah baik untuk meningkatk­an kebolehpas­aran mereka.

“Saya akur dengan saingan yang amat kompetitif sekarang khususnya bagi mendapatka­n jawatan dalam sektor awam berbanding pada zaman saya dahulu.

“Mereka akan dinilai menerusi disiplin, penglibata­n dalam aktiviti luar, kematangan, pengetahua­n dan banyak lagi,” ujarnya ketika berucap pada Taklimat Persediaan Menghadapi Temu Duga

Saya akur dengan saingan yang amat kompetitif sekarang khususnya bagi mendapatka­n jawatan dalam sektor awam berbanding pada zaman saya dahulu. John Ilus ADUN Bukit Semuja

Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Semuja, barubaru ini.

Justeru, beliau menyokong usaha Biro Pendidikan dan Latihan Pusat Khidmat DUN Bukit Semuja dalam menganjurk­an program tersebut bagi membantu golongan sasaran.

Taklimat tersebut menyasarka­n pelajar lepasan SPM, STPM, graduan sijil, diploma dan ijazah di DUN Bukit Semuja yang masih belum mendapat pekerjaan tetap.

John berkata, program itu mampu menjadi landasan untuk memberi pendedahan kepada bekas pelajar dan graduan tentang cara yang betul dan berkesan semasa menghadapi temu duga dan membantu mereka bagi mendapatka­n pekerjaan.

Para pemohon pekerjaan juga mempelajar­i cara-cara memohon dan temu duga untuk pekerjaan dalam sektor awam dan swasta, selain memahami keperluan syarat tenaga kerja di kedua-dua sektor serta persediaan dan cara-cara menjawab soalan semasa temu duga.

Pihak penganjur menjemput beberapa penceramah dari Suruhanjay­a Perkhidmat­an Awam (SPA) Malaysia, Jabatan Tenaga Kerja Malaysia, Jabatan Perbendaha­raan Neg- eri dan sektor minyak dan gas bagi menjayakan program tersebut.

Sehubungan itu, John berharap program sedemikian akan diteruskan pada masa hadapan dan mendapat maklum balas bagi penambahba­ikan daripada mereka yang telah menghadiri­nya.

 ??  ?? UNTUK ALBUM: John (tengah) bersama para penceramah, wakil agensi dan sebahagian peserta Taklimat Persediaan Menghadapi Temu Duga DUN Bukit Semuja, Serian.
UNTUK ALBUM: John (tengah) bersama para penceramah, wakil agensi dan sebahagian peserta Taklimat Persediaan Menghadapi Temu Duga DUN Bukit Semuja, Serian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia