Utusan Borneo (Sarawak)

Kampung Pulau Melayu dinobat juara Kampung Angkat Terbaik Miri LA21

-

MIRI: Kampung Pulau Melayu dinobatkan sebagai juara Kampung Angkat Terbaik Miri Local Agenda 21 (LA21) Majlis Bandaraya Miri (MBM) Tahun 2016/2017 pada majlis anugerah yang berlangsun­g di sini, petang kelmarin.

Kampung berkenaan yang menjadi juara baharu berjaya menewaskan Rumah Jarek Lambir yang pernah bergelar juara tiga kali berturut-turut sebelum ini, sekali gus membawa pulang piala pusingan, wang tunai RM800 berserta sijil penyertaan.

Tempat kedua dan ketiga berpihak kepada Kampung Lusut Jaya 5 dan Kampung Nelayan Bakam dengan masing- masing membawa hadiah wang RM500 dan RM300, berserta piala dan sijil penyertaan.

Manakala, 11 pemenang sagu hati masing- masing menerima RM100, piala berserta sijil penyertaan ialah Kampung Bidayuh Lusut, Kampung Lereng Bukit, Kampung Piasau Utara, Kampung Bakam, Kampung Pengkalan Lutong, Kampung Pujut Adong/Tanjung Batu, Piasau Jaya 2, Rumah Jarek, Rumah Linggie, Rumah Nunong dan Rumah Samin.

Hadiah disampaika­n oleh Setiausaha Bandaraya MBM Morshidi Fredrick.

Anugerah berkenaan merupakan anjuran bersama Kumpulan Kerja Pelaksanaa­n Kawalan Pencemaran Sungai-Sungai di Miri LA21 dalam usaha meningkatk­an kesedaran penduduk kampung tentang penjagaan alam sekitar khasnya kebersihan sungai berdekatan kawasan kediaman mereka.

Terdahulu, Morshidi dalam ucapannya memberitah­u, program Kampung Angkat Miri LA21 itu merupakan pendekatan yang amat sesuai dalam mengeratka­n hubungan kerjasama di antara pihak kerajaan tempatan, sektor swasta dan masyarakat setempat khususnya dalam perancanga­n dan pelaksanaa­n program alam sekitar.

“Dalam aktiviti pemulihan serta penjagaan kebersihan sungai, saya percaya suatu hari nanti kualiti kebersihan Sungai Miri dapat dipertingk­atkan melalui program Kampung Angkat Miri LA21 ini.

“Malah, penyertaan menggalakk­an dan aktif dalam meningkatk­an kesedaran penduduk kampung akan membantu merealisas­ikan usaha untuk memastikan kebersihan Sungai Miri se- cara menyeluruh dicapai,” katanya.

Justeru, beliau berharap setiap kampung angkat yang terlibat terus memberikan komitmen dan sentiasa aktif dalam mencapai objektif berkenaan.

“Saya juga dimaklumka­n banyak aktiviti yang telah dianjurkan oleh setiap kampung angkat seperti gotong- royong, ceramah kesedaran, aktiviti sosial dan sebagainya.

“Tahniah dan syabas saya ucapkan kerana telah memberikan kerjasama erat dan sokongan padu dalam penganjura­n aktiviti sebegini di kampung masing-masing.

“Kekalkan prestasi yang baik agar boleh menjadi contoh kepada kampungkam­pung lain untuk menarik minat mereka menyertai program ini sekali gus mencapai objektif kebersihan sungai kita,” tambahnya.

Hadir sama Pengerusi Sub-Komiti Kampung Angkat Miri LA21 merangkap Pengerusi Jawatankua­sa Majlis Anugerah Kampung Angkat Terbaik Miri LA21 2016/ 2017 Simon Emang, Timbalan Pengerusi Kumpulan Kerja Pelaksanaa­n Kawalan Pencemaran Sungai-Sungai di Miri LA21 Julaiha Jumal serta tetamu yang lain.

 ??  ?? TAHNIAH: Morshidi (berdiri tengah, baris belakang) serta tetamu lain merakam kenangan bersama pemenang Kampung Angkat Terbaik Miri LA21 MBM Tahun 2016/2017, Kampung Pulau Melayu selepas majlis anugerah di Miri, petang kelmarin.
TAHNIAH: Morshidi (berdiri tengah, baris belakang) serta tetamu lain merakam kenangan bersama pemenang Kampung Angkat Terbaik Miri LA21 MBM Tahun 2016/2017, Kampung Pulau Melayu selepas majlis anugerah di Miri, petang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia