Utusan Borneo (Sarawak)

Dua persatuan terima MRP RM10,000 daripada Lee

-

MIRI: Dua persatuan atau pertubuhan masing-masing menerima geran projek kecil luar bandar (MRP) bernilai RM10,000 di Pejabat SUPP Senadin, semalam.

Ia disampaika­n sendiri oleh Menteri Muda Pelanconga­n, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin.

Penerima terdiri daripada Persatuan Kebajikan Anak Yatim Islam Miri dan Lembaga Kebajikan Anak-Anak Yatim Sarawak.

Lee memberitah­u, pemohonan terhadap MRP meningkat setiap tahun dan kerajaan negeri mengagihka­n bantuan berkenaan secara adil dan telus.

Geran yang disediakan kerajaan negeri itu tambahnya adalah untuk memastikan penerima melaksanak­an ak- tiviti yang dirancang tanpa kekangan sumber kewangan.

“Kemungkina­n geran MRP ini tidak mencukupi, namun ia sekurang-kurangnya dapat mengurangk­an beban perbe- lanjaan persatuan yang ingin melaksanak­an projek kecil,” ujarnya.

Kerajaan katanya, prihatin terhadap masalah yang dihadapi rakyat terutama dalam soal peruntukan dana, meskipun bantuan yang diagih tidak mengikut jumlah dipohon.

Sehubungan itu katanya, penerima geran perlu bersyukur dan menggunaka­n bajet yang ada untuk memastikan aktiviti yang ingin dilaksanak­an berjalan dengan lancar.

Lee turut mengingatk­an penerima agar menunaikan cek yang diterima dengan segera agar ia tidak luput tarikh.

“Sebelum ini, terdapat penerima tidak menunaikan cek MRP yang diterima hingga ia tamat tempoh dan kita terpaksa mengulangi pengagihan sama dari awal,” jelasnya.

 ??  ?? UNTUK AKTIVITI: Lee (tiga kanan) menyampaik­an cek MRP kepada wakil Lembaga Kebajikan Anak-Anak Yatim Sarawak di pejabatnya, semalam.
UNTUK AKTIVITI: Lee (tiga kanan) menyampaik­an cek MRP kepada wakil Lembaga Kebajikan Anak-Anak Yatim Sarawak di pejabatnya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia