Utusan Borneo (Sarawak)

Ketua masyarakat berperanan salurkan maklumat, dasar kerajaan kepada rakyat

-

SRI AMAN: Ketua-ketua masyarakat berperanan menyampaik­an maklumat tepat mengenai dasar-dasar pembanguna­n kerajaan kepada rakyat.

Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Datuk Francis Harden Hollis berkata, pembanguna­n berterusan amat penting bagi rakyat di sesebuah kawasan.

“Jika rakyat tidak ambil peduli akan masa depan mereka, maka mereka akan ketinggala­n dari arus pembanguna­n.

“Oleh itu, kerjasama semua pihak termasuk ketua-ketua masyarakat amat diperlukan sebagai ‘jambatan’ kepada kerajaan menyampaik­an maklumat tepat berkenaan dasar-dasar pembanguna­n kerajaan,” ujarnya.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian pada Majlis Penyerahan Sijil Pelantikan TuaiTuai Rumah bagi kawasan DUN Simanggang di Pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Simanggang di sini, semalam.

Beliau menjelaska­n, peranan ketua-ketua kampung, tuai-tuai rumah dan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) bukan sekadar sebagai pemimpin, malah penggerak kepada usaha memajukan penduduk setempat.

“Tanggungja­wab dan peranan mereka amat penting untuk memastikan kejayaan program pembanguna­n kerajaan.

“Adalah menjadi harapan kerajaan agar rakyat terutamany­a di kawasan luar bandar dapat mengubah corak pemikiran supaya mereka menikmati pembanguna­n serupa seperti di kawasan bandar,” katanya.

Turut hadir Temenggung Kuek Aik Seng, Kaunselor Waterkille­r James Junit, Kaunselor Lansing Bansi serta ketua-ketua masyarakat setempat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia