Utusan Borneo (Sarawak)

Fuziah sangsi alasan Lynas untuk wujudkan PDF

-

KUANTAN: Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh sangsi dengan alasan yang diberikan oleh Lynas Corporatio­n Ltd (Lynas) untuk membina tapak pelupusan kekal (PDF) untuk sisa Water Leached Purificati­on Residue (WLP), kerana dikhuatiri ia hanya alasan untuk melengahka­n tindakan tegas kerajaan terhadap mereka.

Menurut Fuziah yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, kerajaan telah lama mengeluark­an arahan kepada Lyanas untuk berbuat demikian, namun syarikat itu sebelum ini memberikan alasan mahu melakukan penyelidik­an dan pembanguna­n (R&D) terhadap sisa nadir bumi yang sudah diproses.

“Laporan dikeluarka­n Jawatankua­sa Khas Bagi Mengkaji Operasi Lynas sudah jelas bahawa sisa nadir bumi itu tidak sesuai digunakan sebagai baja untuk industri pertanian kerana mengandung­i bahan radioaktif yang sangat berisiko tinggi.

“Kenapa sekarang mereka timbulkan balik perkara ini (pembinaan tapak PDF)? Bagi saya, ini semua taktik mereka sahaja...kalau boleh nak buat PDF, saya alu-alukan, tetapi kena pastikan ia mendapat persetujua­n semua penduduk dan mengadakan sesi pendengara­n awam terlebih dahulu,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita di Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Semambu di sini semalam.

Hadir sama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu Lee Chean Chung dan Pengerusi Save Malaysia Stop Lynas Tan Bun Teet.

Fuziah secara sinis turut menggesa pihak Lynas meneruskan niat mereka mengambil tindakan mahkamah terhadap kerajaan berikutan pengumuman Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar Yeo Bee Yin yang meminta pihak syarikat memproses nadir bumi itu mengikuti saranan dikemukaka­n Jawatankua­sa Khas Bagi Mengkaji Operasi Lynas, termasuk menghantar semula sisa radioaktif ke Australia.

“Kalau betul Lynas nak saman kerajaan, silakan... menteri pun sudah menyatakan kesediaan untuk menghadapi saman daripada Lynas.

“Beliau juga sudah bertemu dengan Peguam Negara (Tommy Thomas) bagi membincang­kan perkara ini.

“Saya rasa mereka ini sengaja hendak takut-takutkan kita...saya sendiri pun sudah beberapa kali mereka cakap nak saman, tapi sampai sekarang tidak ada...sudahlah, hentikanla­h sikap nak membuli rakyat Malaysia,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia