Utusan Borneo (Sarawak)

Banyak pihak buat dakwaan mengenai sempadan hingga mencetus pertikaian

-

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pertikaian antara Malaysia dan Singapura berhubung sempadan ruang udara dan maritim akan ditangani berlandask­an peruntukan undang- undang dan hak negara.

Perdana Menteri berkata banyak pihak sering membuat dakwaan mengenai sempadan masing- masing sehingga mencetuska­n pelbagai pertikaian.

“Jadi, kita akan selesaikan pertikaian ini berdasarka­n peruntukan undang-undang dan hak kita,” katanya pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat Maj- lis Presiden Pakatan Harapan (PH) di sini, semalam.

Dr Mahathir, yang juga pengerusi PH, berkata apa yang penting ialah Singapura bersetuju untuk mengadakan rundingan dengan Malaysia mengenai perkara itu.

“Sehingga rundingan itu berakhir, kita tidak boleh memberi jawapan muktamad,” katanya.

Kelmarin, Menteri Luar Singapura, Vivian Balakrishn­an dilaporkan sebagai berkata negara itu menolak cadangan Malaysia supaya kedua- dua negara menghentik­an sebarang penghantar­an aset ke kawasan yang dipertikai­kan di Selat Johor.

Kementeria­n Luar Singapura, dalam kenyataan kelmarin, berkata, republik itu “kekal sedia untuk membincang­kan isu ini secara konstrukti­f dengan Malaysia dalam semangat memelihara hubungan penting dua hala.”

Dalam perkembang­an lain, Dr Mahathir berkata, ahli perniagaan dalam buruan pihak berkuasa, Low Taek Jho atau Jho Low tidak perlu bimbang untuk mendapat perbicaraa­n adil di negara ini.

Pada Selasa, Jho Low didakwa, tanpa kehadiran tertuduh, di sebuah mahkamah di Kuala Lumpur atas tujuh pertuduhan pengubahan wang haram berkaitan 1Ma- laysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Ahli perniagaan itu dalam kenyataann­yamenerusi­sebuah syarikat perhubunga­n awam di Sydney, Australia, pada hari yang sama, mendakwa dia tidak mungkin mendapat perbicaraa­n yang adil?

Dia mendakwa pertuduhan mahkamah terhadapny­a bertujuan mengalihka­n perhatian terhadap kegagalan ‘rejim Mahathir’ mentadbir negara.

Dia mendakwa pentadbira­n PH di bawah pimpinan Dr Mahathir telah mengabaika­n kedaulatan undang-undang dan salah tafsir Perlembaga­an Persekutua­n. — Bernama

Jadi, kita akan selesaikan pertikaian ini berdasarka­n peruntukan undang-undang dan hak kita. Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia