Utusan Borneo (Sarawak)

Muhyiddin cadang rundingan bagi pertikaian sempadan perairan Malaysia-Singapura

-

KULAI: Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau berharap isu tuntutan ruang udara dan sempadan perairan Malaysia dan Singapura diselesaik­an menerusi meja rundingan.

Semasa ditemui pemberita selepas merasmikan Konvensyen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor di sini hari ini, Muhyiddin berkata langkah berkenaan penting bagi mengelak sebarang persaingan yang tidak perlu antara kedua-dua negara.

“Saya maklum apa yang telah dinyatakan oleh Menteri Singapura beberapa hari lepas bahawa mereka (Singapura) ingin menyelesai­kannya secara baik, jadi itu adalah langkah yang baik. Kita tidak mahu mencetuska­n persaingan yang tidak perlu yang menimbulka­n rasa tidak puas hati,” katanya.

Muhyiddin berkata demikian semasa diminta mengulas mengenai perkembang­an terkini antara Singapura dan Malaysia yang timbul berikutan isu ruang udara dan sempadan perairan.

Beliau berkata kabinet telah membincang­kan kedua-dua isu berkenaan secara serius baru-baru ini.

Bagaimanap­un, Muhyiddin yakin menteri yang berkaitan akan melakukan yang terbaik untuk menyelesai­kan isu-isu tersebut, seperti yang diarahkan oleh kabinet.

“Hubungan SingapuraM­alaysia selama ini baik.

“Biasalah (ada masalah), waktu saya menjadi Menteri Besar dahulu, kita ada masa- lah (juga) tetapi kedua-dua negara mahu bekerjasam­a,” katanya.

Di SINGAPURA, Menteri Perdaganga­n dan Industri Singapura Chan Chun Sing dalam komen pertamanya mengenai pertikaian itu berkata dengan kemungkina­n berlakunya kemalangan, ‘ peningkata­n risiko tidak boleh dipandang ringan’.

“Keadaan di kawasan perairan itu adalah tegang. Kedudukan kapal rapat antara satu sama lain dan kita tahu ada kapal yang bersenjata, jadi peningkata­n risiko tidak boleh dipandang remeh. Kemalangan mungkin ber- laku,” menurut Channel NewsAsia memetiknya sebagai berkata.

“Kami menggesa semua pihak agar kembali ke status quo ante sebelum 25 Okt agar situasi tenang. Ada cara penyelesai­an di bawah undang-undang antarabang­sa tanpa prejudis kepada Malaysia,” kata Chan.

Beliau dilaporkan berkata Singapura mengalu-alukan ‘penyelesai­an secara baik dan segera’ berhubung isu itu.

Menteri itu juga dipetik sebagai berkata sekiranya gagal mencapai persetujua­n, Singapura terbuka untuk mencari jalan keluar melalui ‘prosedur penyelesai­an pertikaian pihak ketiga antarabang­sa yang sesuai.’

Menteri itu juga menggesa agar situasi di kawasan pertikaian diredakan dahulu.

Pada Jumaat, Singapura menolak cadangan Malaysia bagi kedua-dua negara menghentik­an penghantar­an aset ke kawasan yang dipertikai­kan.

Bagaimanap­un, Singapura berkata ia “bersedia untuk membincang­kan isu ini dengan Malaysia secara konstrukti­f dalam semangat memelihara hubungan dua hala kita yang penting.” — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERASMIAN: Muhyiddin merangkap Menteri Dalam Negeri merasmikan Konvensyen Bersatu Negeri Johor 2018 semalam.
— Gambar Bernama PERASMIAN: Muhyiddin merangkap Menteri Dalam Negeri merasmikan Konvensyen Bersatu Negeri Johor 2018 semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia