Utusan Borneo (Sarawak)

Hasil siasatan dalaman isu penyelewen­gan TH diumum pada Isnin ini: Mujahid

-

PARIT BUNTAR: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa akan mengumumka­n dapatan siasatan dalaman berkaitan isu penyelewen­gan Lembaga Tabung Haji (TH) Isnin ini.

Beliau berkata pengumuman berkenaan yang antaranya berkaitan laporan kewangan TH 2017 yang didapati bercanggah seperti isu keuntungan, akan dibuat pada sidang media di parlimen.

“Ini kita terpaksa dedahkan dan memberikan penjelasan dengan apa dapatan yang kami jumpa dalam Tabung Haji amat menyedihka­n kerana ia melibatkan kepentinga­n Islam,” katanya dalam sidang media selepas program ‘Back To School’ di Mydin Mall di sini semalam.

Pada majlis itu, seramai 200 murid di Parlimen Parit Buntar menerima bantuan beg sumbangan Mydin dan baucar pembelian pakaian seragam sekolah bernilai RM100 setiap seorang dari Pusat Khidmat Rakyat.

Mujahid yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata pendedahan itu bukan bertujuan membalas dendam seperti yang didakwa pihak tertentu namun pihaknya bertanggun­gjawab memberi kefahaman kepada masyarakat berhubung isu tersebut.

Pada 30 Nov lalu TH membuat dua laporan polis terhadap bekas pengerusi, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, bekas ketua pegawai eksekutif, Tan Sri Ismee Ismail dan Datuk Seri Johan Abdullah serta barisan pengurusan kanan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? RAMAH MESRA: Zulkifli (kanan) bersalaman dengan para peserta sebelum merasmikan ‘Perbincang­an Meja Bulat Pencegahan dan Rawatan Dadah, Apa Solusi Baru?’ di Dewan Utama Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra Panji semalam.
— Gambar Bernama RAMAH MESRA: Zulkifli (kanan) bersalaman dengan para peserta sebelum merasmikan ‘Perbincang­an Meja Bulat Pencegahan dan Rawatan Dadah, Apa Solusi Baru?’ di Dewan Utama Kompleks Islam Jubli Perak Sultan Ismail Petra Panji semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia