Raja Muda Perlis rasmi ‘Perlis Week’

Utusan Borneo (Sarawak) - - Nasional -

KUALA LUMPUR: Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan merasmikan program ‘ Perlis Week’ di perusahaan ‘Foodmarket’ di Dataran Dwitasik, Bandar Seri Permaisuri, Cheras di sini semalam.

Berangkat sama pada majlis itu Raja Puan Muda Perlis Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Program kerjasama kerajaan negeri Perlis, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Husam Waksa Group of Companies itu bertujuan mempromosikan produk negeri Perlis selain persediaan awal bagi meneroka pasaran produk agromakanan negeri itu ke Arab Saudi.

Menerusi program yang bermula pada 12 hingga 16 Dis ini orang ramai berpeluang mendapatkan pelbagai produk makanan Perlis pada harga RM7 hingga RM20.

Antara yang ditawarkan adalah kordial Mangga Harum Manis, belacan madu Perlis, serunding ikan sejuk beku, acar rebung dan ketupat palas sejuk beku.

Perlis Week akan diadakan serentak di dua cawangan Foodmarket di Bandar Seri Permaisuri, Cheras di sini dan di Denai Alam, Shah Alam. — Bernama

— Gambar Bernama

MELANCARKAN: Tuanku Faizuddin (lima kiri) bersama Tuanku Lailatul (empat kiri) bergambar selepas melancarkan‘Perlis Week’ di Seri Permaisuri, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.