Supaya mereka bayar balik pinjaman dengan kerap

Utusan Borneo (Sarawak) - - Nasional -

JOHOR BAHRU: Perbadanan Tabung Tinggi Nasional ( PTPTN) seharusnya fokus kepada peminjam yang masih belum membayar sebarang pinjaman serta mereka yang mempunyai masalah dalam membayar pinjaman tersebut.

Ketua Angkatan Muda Keadilan ( AMK) Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata fokus perlu diberikan kepada yang belum membayar hutang pinjaman itu supaya mereka boleh membayar balik pinjaman itu dengan kerap dan juga konsisten dan bukannya peminjam yang sudahpun membayar secara berterusan.

“Saya akan berjumpa sendiri dengan pengerusi PTPTN untuk menyampaikan hasrat atau pandangan daripada anak- anak muda supaya

Saya akan berjumpa sendiri dengan pengerusi PTPTN untuk menyampaikan hasrat atau pandangan daripada anak-anak muda supaya kita dapat bersama-sama menjamin kelangsungan pembayaran tetapi dalam masa yang sama tidak membebankan para peminjam. Akmal Nasrullah Mohd Nasir Ketua Angkatan Muda Keadilan

kita dapat bersama- sama menjamin kelangsungan pembayaran tetapi dalam masa yang sama tidak membebankan para peminjam,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Karnival Rakyat Parlimen Johor Bahru di Dewan Besar Kompleks Belia dan Sukan, di sini semalam.

Akmal yang juga Ahli Parlimen Johor Bahru itu berkata antara maklum balas yang diterimanya daripada golongan peminjam PTPTN ini ialah mereka mahu diberikan masa yang mencukupi untuk membuat sebarang penyelarasan sebelum pelaksanaan pembayaran baharu dilaksanakan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.