AIM perlu diperkasa, bukan ditutup: Anuar Tahir

Utusan Borneo (Sarawak) - - Nasional -

TEMERLOH: Langkah kerajaan membatalkan Program Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) dikhuatiri akan memberi implikasi buruk dalam usaha untuk membasmi kemiskinan di negara ini terutama di kalangan bumiputera.

Setiausaha Agung Parti Amanah Negara, Mohd Anuar Mohd Tahir berkata, AIM yang diwujudkan dengan meng- gunakan model Grameen Bank Bangladesh sepatutnya diperkasakan kerana telah banyak membantu golongan itu untuk keluar dari kepompong kemiskinan.

“Bagi saya AIM perlu dipertahankan, diperkasakan bukan ditutupmudah-mudah... menutup ini (AIM) akan mendatangkan implikasi buruk dalam usaha kita membasmi kemiskinan.

“Semasa zaman (Datuk Seri) Anwar Ibrahim sebagai menteri kewangan lagi ia telah dilaksanakan dan memberikan peruntukan yang besar melalui Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia untuk membantu golongan miskin,” katanya.

Beliauberkatademikianselepas menghadiri majlis pembukaan dua cawangan Parti Amanah dan penyerahan 73 borang keahlian masyarakatOrangAsliLanchang di Kampung Sungai Enggang di sini semalam.

Bagaimanapun, kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan PerdanaMenteri, MohamedHanipaMaidindalamsidangDewan Rakyat semalam berhubung isu itu, menjelaskan pembubaran itu berkaitan penubuhan anak-anak syarikat AIM sahaja, dan tidak operasi AIM secara keseluruhan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.