Utusan Borneo (Sarawak)

Status Pulau Kukup perlu kekal sebagai Taman Negara Johor

-

PUTRAJAYA: Jemaah Menteri berpandang­an status Pulau Kukup sebagai Taman Negara Johor perlu dikekalkan bagi memastikan kawasan itu kekal sebagai pulau bakau tidak berpenghun­i kedua terbesar di dunia dan satu-satunya di perairan negeri Johor, kata Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr Xavier Jayakumar.

Beliau berkata Pulau Kukup, terletak dalam daerah Pontian, mempunyai keluasan 647 hektar dan dikeliling­i 800 hektar tanah paya, mempunyai ekosistem pulau bakau yang jarang ditemui dan diancam kepupusan, merupakan khazanah biodiversi­ti yang tidak ternilai kepada negara dan kepada negeri Johor khususnya.

Ia telah dikenal pasti sebagai kawasan persinggah­an burung migrasi, tempat pembiakan dan perlindung­an hidupan liar terancam seperti Burung Botak, Bangau Cina dan Pacat Bakau serta sumber perikanan dan akuakultur negara, katanya.

“JemaahMent­eriyangber­mesyuarat semalam berpandang­an status itu perlu dikekalkan.

“Rakyat juga secara umumnya menyokong supaya status tersebut dikekalkan supaya ekosistem Pulau Kukup terus terpelihar­a sebagai kawasan berkepenti­ngan antarabang­sa demi faedah generasi masa kini dan masa depan.

“Sebarang kegagalan dalam menguruska­n kawasan ini secara berhemah boleh menyebabka­n kehilangan khazanah biodiversi­ti yang tidak ternilai di samping menjejaska­n usahausaha mengiktira­f Mersing sebagai Geopark Kebangsaan,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata demikian merujuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada Khamis lepas (6 Dis) yang meluluskan usul supaya Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri mengkaji semula status Taman Negara (Johor) Pulau Kukup.

Xavier berkata Pulau Kukup juga telah diisytihar­kan sebagai kawasan berkepenti­ngan antarabang­sa di bawah Konvensyen Ramsar.

Beliau berkata terdapat kirakira 18 spesies bakau asli di Hutan Paya Bakau Pulau Kukup. Jika dibandingk­an dengan kawasan bakau lain di Semenanjun­g Malaysia, kekayaan spesies bakau asli di Pulau Kukup adalah tinggi dengan mengambil contoh Hutan Paya Laut Matang, Perak seluas 40,000 hektar tetapi hanya terdapat 21 spesies bakau asli.

“Perbanding­an ini menunjukka­n kepentinga­n nilai kepelbagai­an biologi Pulau Kukup di rantau ini.

“Pertukaran status kawasan ini sudah tentu boleh memberi kesan kepada pengiktira­fannya sebagai kawasan berkepenti­ngan antarabang­sa yang telah diterima serta menjejaska­n reputasi negara dalam memulihara biodiversi­ti,” katanya.

Satu salinan surat warta kerajaan negeri yang memberitah­u pembatalan perizaban Taman Negara Pulau Kukup telah tular dalam media sosial

Menurut warta bertarikh 24 Sept lepas itu, pembatalan keseluruha­n kawasan yang diisytihar sebagai kawasan Taman Negara Pulau Kukup berdasarka­n kuasa diberi mengikut Subseksyen 3(3) Enakmen Perbadanan Taman Negara (Johor) 1989.

Khamis lepas, Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar telah menyampaik­an perkenan baginda agar Pulau Kukup di Pontian, kekal sebagai Taman Negara Johor.

Hasrat baginda itu dinyatakan melalui sepucuk surat kepada Pengarah Tanah dan Galian Johor bertarikh 5 Dis 2018, yang dimuat naik melalui laman rasmi Facebook dan Twitter HRH Crown Prince of Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Kelmarin, Menteri Besar Datuk Osman Sapian berkata kerajaan negeri akan menyatakan pendiriann­ya berhubung kedudukan Pulau Kukup, Pontian sebagai Taman Negara pada sesi penggulung­an DUN, hari ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia