Utusan Borneo (Sarawak)

Panas baran, gagal kawal emosi antara punca pengasuh dera kanak-kanak

-

KUALA LUMPUR: Panas baran, cepat marah dan emosi tidak terkawal antara punca kes penderaan kanak-kanak melibatkan pengasuh.

Ketua Unit Siasatan KanakKanak Bahagian D11 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman DSP E. Saroja berkata ia antara hasil siasatan pihaknya ke atas kebanyakan kes dera yang diterima hingga menyebabka­n kanak-kanak maut selain disebabkan kecuaian pengasuh.

“Pada tahun ini sahaja, kami menerima sebanyak 86 laporan kes dera kanakkanak melibatkan pengasuh sehingga Okt lepas.

Sebagai badan penguatkua­saan yang menjalanka­n siasa- tan, siasatan kes mendapati motif penderaan kadangkala disebabkan pengasuh yang hilang sabar dengan kenakalan kanak-kanak,” katanya.

Oleh itu, ibu bapa dinasihatk­an supaya menyemak latar belakang pengasuh dan persekitar­an pusat asuhan sebelum menghantar anak bagi memastikan keselamata­n mereka terjamin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menjadi tetamu pada program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel bertajuk ‘Sayangi Anak Kenali Pengasuh’ di sini, malam kelmarin.

Turut hadir, Exco Persatuan Pengasuh Berdaftar Malaysia (PPBM) Umei Bahn Mohamed.

Mengulas mengenai kes penderaan seksual ke atas bayi yang dihantar kepada pengasuh, Saroja berkata ibu bapa perlu memastikan semua aspek keselamata­n tempat asuhan sebelum menghantar anak mereka untuk dijaga selain memastikan ia berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Bagaimanap­un, katanya, tindakan ibu bapa menghantar anak mereka ke pusat asuhan tidak berdaftar bukan berada di bawah kawalan pihak berkuasa.

“Jangan hanya mengenali pengasuh menerusi media sosial tetapi perlu pantau latar belakangny­a, siapa yang berada di rumahnya, berapa kanak-kanak yang dijaga dan siapa yang akan menjaga anak-anak itu,” katanya.

Baru- baru ini, media melaporkan bayi berusia 11 bulan, Nur Muazara Ulfa Mohammad Zainal atau Zara yang meninggal dunia selepas dua hari berada dalam keadaan kritikal di Hospital Serdang, disyaki akibat didera secara fizikal dan seksual oleh suami kepada pengasuhny­a pada awal Nov lepas.

Pada 24 November pula, polis menahan seorang pengasuh bagi membantu siasatan kes dua bayi lelaki dipercayai didera pengasuh di sebuah taska di Desa Saujana Kajang, Selangor. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia