Utusan Borneo (Sarawak)

Dianggarka­n 55,000 peserta hadir dan himpunan itu berjalan lancar tanpa kejadian tidak diingini

-

KUALA LUMPUR: Perhimpuna­n menolak ratifikasi Konvensyen Antarabang­sa Mengenai Penghapusa­n Segala Bentuk Diskrimina­si Kaum (ICERD) di sekitar Jalan Raja di sini semalam berlangsun­g dalam suasana aman.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim dalam satu kenyataan berkata dianggarka­n 55,000 peserta hadir dan himpunan itu berjalan lancar dan selamat tanpa sebarang kejadian yang tidak diingini.

Katanya terdapat peserta yang membawa kanak-kanak ke perhimpuna­n itu dan ia menyalahi Akta Perhimpuna­n Aman 2012.

Tinjauan Bernama mendapati perhimpuna­n yang dijadualka­n tamat 6 petang itu berakhir lebih awal susulan hujan di ibu negara petang semalam.

Antara pemimpin pembangkan­g yang hadir ialah bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sebelum ini, penganjur perhimpuna­n ini dilaporkan berkata perhimpuna­n itu diadakan sebagai tanda ‘kesyukuran’ di atas keputusan kerajaan untuk tidak meratifika­sikan konvensyen berkenaan dan seterusnya mempertaha­nkan Perlembaga­an Persekutua­n.

Pada 23 Nov lepas, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata Kerajaan Pakatan Harapan tidak akan meratifika­si ICERD dan akan terus mempertaha­nkan Perlembaga­an Persekutua­n yang di dalamnya termaktub kontrak sosial dipersetuj­ui wakil semua kaum ketika pembentuka­n negara ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia