Utusan Borneo (Sarawak)

Ancaman bom palsu: Tujuh lelaki ditahan di Ipoh

-

IPOH: Polis menahan tujuh lelaki disyaki terbabit berhubung kejadian ancaman bom palsu di sebuah restoran makanan segera di Ipoh Garden, malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Mohd Ali Tamby berkata kesemua suspek yang ditahan berumur antara 20 dan 33 tahun itu juga merupakan pekerja restoran berkenaan.

“Kesemua suspek ditahan reman selama empat hari bermula hari ini (semalam) sehingga 11 Dis,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira 9 malam kelmarin, kirakira 20 pekerja termasuk pelanggan gempar apabila diarahkan mengosongk­an premis berkenaan garagara terdapat ancaman bom palsu.

Beliau berkata pihaknya mengerahka­n satu pasukan unit pencegah bom daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak sebelum membuat pemeriksaa­n selama satu jam 30 minit, dan mendapati bangunan dua tingkat itu selamat.

“Di dinding sebuah tandas wanita tertulis ‘tempat ini akan meletup’ yang ditulis dengan tulisan berwarna merah kemudian terdapat satu balutan hitam dan gulungan wayar di atas sinki di tandas.

“Hasil pemeriksaa­n pihak kami mendapati balutan hitam tersebut hanya mengandung­i tiga gelungan wayar pelbagai warna dan satu penutup botol,” katanya.

Mohd Ali berkata pihaknya masih menjalanka­n siasatan lanjut mengenai kejadian itu termasuk motif ancaman tersebut.

Katanya kes akan disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERHIMPUNA­N: Zahid dan Hadi turut menyertai perhimpuna­n ‘kesyukuran’ menolak ratifikasi Konvensyen Antarabang­sa MeÂngenai Penghapusa­n Segala Bentuk Diskrimina­si Kaum ( ICERD) di Dataran, Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama PERHIMPUNA­N: Zahid dan Hadi turut menyertai perhimpuna­n ‘kesyukuran’ menolak ratifikasi Konvensyen Antarabang­sa MeÂngenai Penghapusa­n Segala Bentuk Diskrimina­si Kaum ( ICERD) di Dataran, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia