Utusan Borneo (Sarawak)

12 pengamal media Keningau dihargai oleh JBPM Sabah

-

KENINGAU: Seramai 12 pengamal media termasuk wartawan Bernama Keningau diberikan penghargaa­n Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah semalam.

Pengarah JBPM Negeri Kamarulzam­an Malik Abdullah berkata sijil penghargaa­n disampaika­n kepada pengamal media berkenaan atas sumbangan membantu jabatan itu, khususnya dalam membuat liputan pergerakan anggota JBPM menempuh pelbagai bentuk bencana di daerah itu.

“Sebagaiman­a anggota kami (bomba) bertarung cabaran ketika bertugas, anda (pengamal media) hadir melaporkan bagaimana kami bertarung nyawa untuk menyelamat­kan mangsa kebakaran,” katanya pada satu majlis di sini sem- pena lawatan kerjanya ke Keningau selama dua hari sejak kelmarin.

Semasa lawatan kerjanya itu, Kamarulzam­an diberi taklimat mengenai pencapaian JBPM Cawangan Keningau oleh ketuanya Mudi Pengiran.

Kelmarin, beliau turut melawat Balai Bomba dan Penyelamat Cawangan Tenom. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia