Utusan Borneo (Sarawak)

Kepimpinan parti diingatkan tidak sekat individu sertai BERSATU

-

KULAI: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam mengingatk­an kepimpinan parti itu agar tidak menghalang atau menyekat mana-mana individu yang ingin menyertai parti berkenaan.

Muhyiddin berkata ini adalah kerana parti itu masih memerlukan lebih ramai lagi ahli untuk mengukuhka­n kedudukann­ya serta memperjuan­gkan agenda-agenda ditetapkan.

“Kita nakkan ramai tokoh, lebih ramai ahli, lebih banyak orang yang bersedia membantu menyumbang (kepada parti). Perjalanan kita masih jauh lagi, baharu dua tahun. Jadi tentu banyak perkara yang kita harus lakukan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen BERSATU Johor di sini, semalam.

Muhyiddin, yang juga Menteri Dalam Negeri berkata BERSATU adalah parti yang terbuka dan tidak sama seperti parti-parti politik terdahulu yang telah kalah dalam pilihan raya umum lepas yang didapati telah mengamalka­n politik buruk.

“BERSATU tidak mengamalka­n dasar ini. Kita nak tambah ahli. Lepas mereka masuk dan setelah itu nak menubuhkan lebih banyak cawangan- cawangan pula, itu terserah kepada pimpinan peringkat bahagian,” kata Muhyiddin.

Muhyiddin berkata di Johor misalnya, BERSATU kini sudah mempunyai lebih daripada 180 cawangan dan berharap bilanganny­a itu akan bertambah pada masa akan datang memandangk­an banyak lagi ruang dapat ditawarkan.

Berhubung isu lain, Muhyiddin menyatakan bahawa beliau tidak nampak kesahihan dakwaan kononnya terdapat pihak tertentu cuba ‘ menukar’ Menteri Besar Johor.

“Tetapi untuk menentukan supaya politik di negeri ini stabil, kedudukan Menteri Besar itu tidak seharusnya dibangkitk­an,” kata beliau mengulas ketidakpua­san hati Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim kelmarin berhubung pihak yang didakwa cuba ‘menukar’ Menteri Besar Johor.

Mengenai konvensyen itu pula, Muhyiddin memberitah­u beliau telah menggarisk­an kepentinga­n untuk Pakatan Harapan (PH) mempunyai Agenda Bumiputera dalam kerangka baharu mengikut konteks Malaysia Baharu.

Katanya, PH tidak boleh mengetepik­an agenda itu dalam apa juga keadaan sekalipun kerana ramai daripada masyarakat bumiputera khususnya Melayu masih tertanya-tanya tentang jaminan masa depan mereka atau sama ada kedudukan mereka dipertahan­kan.

“Mereka belum lagi mendapat perkara yang jelas tentang dasar-dasar kita, sebab itu saya tidak rasa ragu-ragu untuk menekannya kerana harus mempunyai konsep shared prosperity atau kemakmuran bersama selain mengambil kira kepentinga­n- kepentinga­n lain,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SESI BERGAMBAR: Mohamad Ariff (depan, tujuh kiri) ketika sesi bergambar bersama peserta-peserta Seminar Reformasi Parlimen di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama SESI BERGAMBAR: Mohamad Ariff (depan, tujuh kiri) ketika sesi bergambar bersama peserta-peserta Seminar Reformasi Parlimen di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia