Tengku Permaisuri Selangor sertai Larian Menjunjung Kasih 2018

Utusan Borneo (Sarawak) - - Nasional -

SHAH ALAM: Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin semalam berkenan menyertai Larian Menjunjung Kasih 2018 di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, di sini.

Acara larian yang masuk tahun keempat penganjurannya itu diadakan sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah ke-73, Selasa ini dan ia bermula pada pukul 7.30 pagi tadi dengan penyertaan kira-kira 8,000 peserta.

Turut berlari sejauh lima kilometer (km) bersama Tengku Permaisuri Norashikin adalah isteri Menteri Besar Selangor, Masdiana Muhammad.

Menteri Besar Selangor Amirudin Shari yang turut hadir pada program itu melepaskan peserta bagi kategori larian disertai baginda.

Terdahulu, Tengku Permaisuri Norashikin me- lepaskan peserta lelaki dan wanita bagi dua kategori larian yang dipertandingkan iaitu 15 km dan 10 km.

Majlis Sukan Negeri Selangor, selaku penganjur acara larian itu dalam kenyataannya berkata program berkenaan bertujuan untuk memupuk masyarakat supaya mengamalkan cara hidup sihat dan memupuk semangat perpaduan dalam kalangan peserta. — Bernama

— Gambar Bernama

SERTAI LARIAN: Tengku Permaisuri Norashikin (tengah) berkenan menyertai Larian Menjunjung Kasih (LMK) 2018 sejauh 5 kilometer (KM) di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.