Utusan Borneo (Sarawak)

Dr Mahathir tidak hadir himpunan SUHAKAM hari ini

-

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad tidak akan menghadiri program sambutan Hari Hak Asasi Manusia anjuran Suruhanjay­a Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) di Padang Timur, di sini, hari ini.

Perdana Menteri berkata agak mustahil untuk beliau menghadiri sambutan tersebut kerana perbezaan pendirian antara kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinanny­a dan SUHAKAM berhubung Konvensyen Antarabang­sa Mengenai Penghapusa­n Segala Bentuk Diskrimina­si Kaum (ICERD).

“Saya sudah memutuskan bahawa kerajaan tidak akan menerima ICERD. SUHAKAM pula mahu ICERD diterima...jadi macam mana saya boleh pergi,” katanya dalam sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat Majlis Presiden PH di Menara Yayasan Selangor, di sini, semalam.

Perhimpuna­n sempena Hari Hak Asasi Manusia Antarabang­sa 2018 itu pada asalnya dijadual berlangsun­g hari ini dengan Dr Mahathir dijemput SUHAKAM sebagai tetamu khas, namun ditangguhk­an ke hari ini atas nasihat pihak berkuasa.

Semalam juga menyaksika­n penganjura­n perhimpuna­n berasingan bagi menolak ICERD di ibu negara yang turut disifatkan penganjurn­ya sebagai perhimpuna­n menzahirka­n ‘kesyukuran’ atas keputusan kerajaan untuk tidak meratifika­si ICERD.

Pada 23 November lalu, Pejabat Perdana Menteri dalam satu kenyataan berkata kerajaan PH tidak akan meratifika­si ICERD dan akan terus mempertaha­nkan Perlembaga­an Persekutua­n di mana termaktub kontrak sosial dipersetuj­ui wakil semua kaum ketika pembentuka­n negara ini.

Bagaimanap­un,SUHAKAM dalam kenyataan pada 27 Nov lalu, menyebut ia kecewa dengan keputusan kerajaan.

Dr Mahathir seterusnya berkata sambutan anjuran SUHAKAM itu dipinda ke hari ini kerana polis tidak mempunyai anggota mencukupi untuk mengawal dua perhimpuna­n jika diadakan pada hari sama.

“Bukan kita larang ada demonstras­i. Tidak. Demonstras­i boleh ada tetapi kita minta supaya ditangguh ke hari lain supaya polis tidak tertekan kerana pegawai mereka tidak cukup untuk mengawasi perhimpuna­n yang besar-besar,” katanya.

Namun bila ditanya sama ada beliau akan menyertai perhimpuna­n di ibu negara itu, Dr Mahathir berkata: “Tidak. Saya dah bersyukur cukup dah. Saya buat satu keputusan yang baik, saya bersyukur saya boleh buat keputusan yang terbaik,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PENGHORMAT­AN TERAKHIR: Rakan-rakan mendiang Chin beratur untuk memberi penghormat­an terakhir semasa hadir upacara pembakaran jasad mendiang di Tanah Perkuburan Cina di Berapi, Bukit Mertajam, semalam.
— Gambar Bernama PENGHORMAT­AN TERAKHIR: Rakan-rakan mendiang Chin beratur untuk memberi penghormat­an terakhir semasa hadir upacara pembakaran jasad mendiang di Tanah Perkuburan Cina di Berapi, Bukit Mertajam, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia