Utusan Borneo (Sarawak)

Sukan mampu pupuk perpaduan kaum: MBM

-

KUALA LUMPUR: Bidang sukan dilihat masih mampu menjadi landasan dalam memupuk perpaduan antara kaum dan bukan sekadar menjadi medan melahirkan ahli sukan.

Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) Muhammad Fadzli Hassan berkata sukan mampu memecah tradisi dominasi sesuatu etnik? dan mendorong rakyat untuk berkongsi matlamat yang sama, sekali gus memupuk semangat cintakan negara.

“Ini kerana sukan tidak pernah mengira latar belakang agama, keturunan, kepercayaa­n dan batasan yang boleh menghalang interaksi antara pemain, penyokong, pengurusan dan massa,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Muhammad Fadzli berpendapa­t bidang sukan boleh menjadi medium untuk masyarakat berkumpul dan mewujudkan rasa hormat dalam membina keharmonia­n dan semangat nasionalis­me tinggi seperti sokongan ditunjukka­n netizen terhadap pasukan bola sepak negara.

“Semoga pasukan bola sepak Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki 2018, dan diharapkan menjadi titik tolak penting dalam melentur semangat kekitaan dalam kalangan rakyat Malaysia serta mempertaha­nkan keharmonia­n, kemuafakat­an dan perpaduan dalam masyarakat majmuk negara ini,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia