Jasad mendiang Chin selamat disempurnakan

Utusan Borneo (Sarawak) - - Nasional -

BUTTERWORTH: Jasad mendiang Chin Hsien Loong yang maut dalam tragedi letupan gas di pusat belibelah CityONE Megamall di Kuching, Sarawak Selasa lalu selamat disempurnakan melalui proses pembakaran.

Upacara pembakaran mayat telah disempurnakan sekitar 12.45 tengah hari di Pusat Krematorium Berapit di sini, sambil disaksikan oleh kira- kira 200 anggota keluarga terdekat dan sahabat mendiang bagi memberikan penghormatan terakhir.

Terdahulu, upacara keagamaan telah dijalankan di tempat kediaman mendiang di Taman Kimsar, Perai pada 10.30 pagi.

Turut kelihatan adik perempuan dan adik lelaki mendiang menyempurnakan upacara keagamaan diikuti anggota keluarga dan sahabat yang lain.

Bagaimanapun, keduadua ibu bapa mendiang gagal ditemu bual pihak media ekoran masih bersedih atas kejadian yang menimpa anak sulung mereka.

Dalam kejadian 3.30 petang Selasa lalu, tiga lelaki maut dan 44 cedera.

Selain Chin, 29, dua lagi mangsa yang maut dikenali sebagai Ooi Kui Lim, 49, dan Tchee Kiom Jong, 24, kedua- duanya dari Kuching. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.