Utusan Borneo (Sarawak)

Suri rumah rayu sumbangan, suami hidap kanser tahap tiga

-

ALOR SETAR: Seorang suri rumah merayu sumbangan daripada orang ramai bagi meringanka­n beban ditanggung keluargany­a setelah suaminya Shukri Shaari disahkan menghidap kanser kelenjar Sarcoma tahap tiga sejak tiga tahun lepas.

Norhafizah Harun, 39, dari Kampung Alor Melintang di sini, berkata kehidupan mereka semakin terhimpit kerana suaminya dahulu seorang tukang rumah kini tidak lagi bekerja dan hanya bergantung kepada anaknya yang bekerja sebagai pembantu kedai makan dengan pendapatan tidak menentu.

“Saya bingung memikirkan bagaimana nak menyara kehidupan kami sekeluarga di samping terpaksa berulang-alik ke Hospital Pulau Pinang (HPP) kerana tiada pendapatan tetap. Saya juga ada seorang anak berusia empat tahun yang menghidap penyakit asma,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Norhafizah berkata suaminya Shukri, 47, disyaki menghidap kanser itu setelah timbul benjolan di lutut kirinya yang semakin membesar dan berdarah.

“Tidak tahan dengan sakit dialami, dia dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk pemeriksaa­n dan doktor mengesyaki suami menghidap kanser sebelum dirujuk ke Hospital Pulau Pinang dan doktor sahkan beliau menghidap penyakit itu,” katanya.

Norhafizah berkata tahap kesihatan Shukri semakin merosot apabila sering demam pada waktu malam dan kurang selera makan serta tidak bermaya.

Katanya sehingga kini beliau belum mendapat sebarang bantuan daripada mana-mana pihak dan hanya mengharapk­an ihsan saudaramar­a, jiran dan rakan-rakan yang datang melawat.

Sementara itu, penderitaa­n Shukri mendapat perhatian Pegawai Khas Menteri Besar Kedah, Hasanudin Samsudin yang datang menziarahi serta menyampaik­an sumbangan barangan keperluan makanan kepada keluarga berkenaan.

“Saya harap masyarakat prihatin dengan nasib menimpa keluarga ini dan sudilah menyumbang kepada mereka yang dihimpit kemiskinan,” kata Hasanudin.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurka­n terus sumbangan ke akaun Maybank Shukri bernombor 1580513844­65 atau menghubung­inya di talian 013-5141326. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia