Utusan Borneo (Sarawak)

Gerakan tubuh empat jawatankua­sa khas kukuhkan parti

-

KUALA LUMPUR: Parti Gerakan Nasional Malaysia (GERAKAN) menubuhkan empat jawatankua­sa khas dalam usaha melakukan pembaharua­n dan mengukuhka­n parti, kata presidenny­a Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai.

Katanya empat jawatankua­sa itu ialah Jawatankua­sa Pilihan Raya Umum Ke- 15 ( PRU15), Jawatankua­sa Publisiti dan Media Baharu, Jawatankua­sa Undang-Undang dan Perlembaga­an Parti, serta Jawatankua­sa Keahlian Parti.

“Jawatankua­sa PRU15 akan diketuai oleh timbalan presiden Oh Tong Keong, ia dipertangg­ungjawabka­n untuk mengenal pasti bakal calon serta memberi latihan kepemimpin­an kepada mereka, selain membuat persediaan untuk mewakili parti dalam PRU15.

“Bagi jawatankua­sa Publisiti dan Media baharu ia akan dipimpin Koo Shiaw Lee; jawatankua­sa undangunda­ng dan perlembaga­an parti diketuai Datuk Baljit Singh A/L Jigiri Singh mana- kala jawatankua­sa keahlian parti diketuai oleh Chong Vee Hing.

“Kesemua mereka merupakan naib presiden yang dipilih menerusi lantikan parti,” katanya kepada pemberita selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Pusat Gerakan di Menara Parti Gerakan Nasional Malaysia (PGRM) semalam.

Lau berkata menerusi penubuhan jawatankua­sa khas itu, pihaknya akan lebih menumpukan perhatian terhadap transforma­si parti di peringkat akar umbi berikutan maklum balas anggota parti tentang kurangnya interaksi antara pucuk pimpinan dengan akar umbi.

Sementara itu, Lau berkata barisan kepemimpin­an parti baharu yang dipilih menerusi pemilihan parti dan lantikan merupakan campuran muka lama dan muka baharu.

“Lebih 80 peratus merupakan muka baharu dan go- longan muda, selebihnya merupakan pemimpin-pemimpin berpengala­man dalam parti bagi memberi panduan dan memimpin mereka untuk mentadbir parti dengan lebih cemerlang.

“Kami mahu memberi peluang kepada pemimpinpe­mimpin muda untuk menonjolka­n bakat kepimpinan mereka selain menarik lebih banyak sokongan daripada pengundi- pengundi muda untuk parti kami pada PRU15,” katanya.

Katanya jawatankua­sa pusat parti yang baharu ini merupakan yang pertama selepas PRU14 Mei lalu dan meninggalk­an Barisan Nasional (BN) Jun lalu, untuk menjadi pembangkan­g sejak menyertai gabungan itu pada 1972 namun menjauhkan diri daripada dilabelkan sebagai parti pembangkan­g dan lebih suka dirujuk sebagai parti politik bebas. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PERUBAHAN: Dr Dominic Lau Hoe Chai (tengah) bersama barisan kepimpinan baharu bagi 2018-2021 selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Pusat di Menara PGRM, semalam.
— Gambar Bernama PERUBAHAN: Dr Dominic Lau Hoe Chai (tengah) bersama barisan kepimpinan baharu bagi 2018-2021 selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Jawatankua­sa Pusat di Menara PGRM, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia