Utusan Borneo (Sarawak)

Amirudin nafi berlaku rombakan Exco Negeri Selangor

-

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Amirudin Shari semalam menafikan akan berlaku rombakan dalam barisan anggota majlis mesyuarat kerajaan negeri (Exco), dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata sebaliknya ia hanya membabitka­n penambahan seorang anggota exco baharu bagi melengkapk­an barisan anggota Exco kerajaan negeri itu.

“Tiada rombakan tetapi hanya penambahan seorang anggota Exco bagi melengkapk­an kuota 10 Exco dalam meningkatk­an keberkesan­an pentadbira­n kerajaan negeri.

“Penambahan Exco ini perlu dibuat kerana kekosongan kerusi Pengerusi Jawatankua­sa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Pendidikan, Pembanguna­n Modal Insan, susulan kematian exconya Prof Dr Shaharuddi­n (Badaruddin)”, katanya kepada pemberita di Perhimpuna­n Bulanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor 2018, di sini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia