Utusan Borneo (Sarawak)

Rob alami kecederaan ligamen serius

-

MILAN: Bekas jurulatih Itali Cesare Prandelli telah dilantik untuk menjadi jurulatih kelab bermasalah dalam Serie A, Genoa, kelmarin, sehari selepas Ivan Juric dipecat setelah kelab itu disingkirk­an daripada Piala Itali oleh sebuah kelab divisyen ketiga.

Prandelli, 61 tahun, diperkenal­kan secara rasmi oleh kelab pelabuhan barat laut itu semalam dengan perlawanan pertamanya selaku pengurus di tempat sendiri menentang SPAL pada hujung minggu ini.

Juric dari Croatia dilantik buat kali ketiga sebagai jurulatih Genoa untuk menggantik­an Davide Ballardini pada Oktober lalu ketika kelab itu menduduki tempat ke- 11 dalam Serie A.

Sejak itu mereka telah jatuh ke tempat ke-14 selain tersingkir daripada Piala Itali pada Khamis lepas setelah mereka tewas 10-9 menerusi penentuan tendangan penalti kepada kelab Serie C Virtus Entella setelah perlawanan itu berakhir 3-3 selepas masa tambahan.

Prandelli menikmati ke- jayaan sebagai jurulatih Verona, Parma dan Fiorentina, sebelum dia mengambil alih Itali pada 2010 untuk membimbing pasukan Azzurri ke tempat kedua di Euro 2012.

Dua tahun kemudian, Prandelli meletak jawatan hanya beberapa minit sahaja selepas kekalahan 1-0 kepada Uruguay yang menyebabka­n Itali tersingkir daripada Piala Dunia 2014 pada pusingan pertama.

Sejak itu Prandelli membimbing kelab Galatasara­y di Turki, kelab Valencia dalam Liga Sepanyol, dan Al-Nasr Dubai.

Prandelli, seorang bekas pemain tengah, pernah bermain untuk Juventus dan Atalanta, dan memenangi tiga kejuaraan Serie A bersama kelab Turin itu selain Piala Eropah pada 1985. — AFP LONDON: Pemain pertahanan Arsenal Rob Holding dijangka tidak akan bermain lagi pada musim ini selepas kelab Liga Perdana Inggeris itu kelmarin mengumumka­n dia mengalami kecederaan ligamen krusiat.

Pemain berusia 23 tahun itu mengalami kecederaan lutut pada separuh masa pertama dalam keputusan seri 2-2 pada Rabu lepas dengan Manchester United di Old Trafford, yang meletakkan pasukan Unai Emeri di tempat kelima dalam carta liga.

“Lanjutan kepada kecederaan yang dialami dalam perlawanan kami di Manchester United pada malam Khamis lepas, kami boleh mengesahka­n Rob Holding telah cedera ligamen krusiat depan lutut kirinya,” satu kenyataan menyebut dalam arsenal. com.

“Rob akan menjalani pembedahan untuk memperbaik­i ini dalam masa beberapa hari lagi. Proses pemulihan dijangka memakan masa antara enam hingga sembilan bulan.

“Semua orang di kelab itu kini akan bekerja sekeras mungkin untuk memastikan Rob kembali ke padang secepat mungkin.” H o l d i n g memulakan kariernya b e r s a m a Bolton sebelum dia m e n y e r t a i Arsenal ketika berusia 20 tahun pada 2016. Dia telah menjadi anggota barisan pertahanan The Gunners yang konsisten di bawah Emery pada musim ini dengan memulakan 15 perlawanan. Pemain pertahanan itu menulis dalam Twitter: “Cuma mahu mengucapka­n terima kasih sangat-sangat kepada semua penyokong, pemain dan anggota kakitangan di atas sokongan mereka sejak beberapa hari lalu. Sangat kecewa untuk mengalami kecederaan pada waktu yang mantap bagi pasukan.”

Emery tweet: “Kami menikmati minggu yang baik walaupun ia sukar disebabkan oleh kecederaan – anda akan sihat semula tidak lama lagi dan lebih kuat Rob! – tetapi sekarang marilah terus maju ke hadapan dan fokus kepada @htafcdotco­m untuk menjadikan­nya hujung minggu yang hebat. Bersama, kita adalah lebih kuat… @Arsenal !” — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? SERIUS: Rob menerima rawatan ditengah padang semasa aksi Liga Perdana Inggeris di antara Manchester United dan Arsenal di Old Trafford, baru-baru ini.
— Gambar AFP SERIUS: Rob menerima rawatan ditengah padang semasa aksi Liga Perdana Inggeris di antara Manchester United dan Arsenal di Old Trafford, baru-baru ini.
 ??  ?? PRANDELLI
PRANDELLI
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia