Utusan Borneo (Sarawak)

Nasib Cheng Hoe diketahui selepas tamat aksi Piala AFF

-

SEPANG: Kontrak Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe bersama skuad kebangsaan ditentukan selepas berakhir kempen Piala AFF Suzuki 2018 berlangsun­g ketika ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia ( FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin menjelaska­n nasib pengendali berusia 50 tahun itu ditentukan selepas beliau mendapat laporan penuh berhubung prestasi skuad Harimau Malaya pada kejohanan tersebut daripada pengurus pasukan negara, Datuk Mohd Yusoff Mahadi.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita setibanya skuad negara dari Bangkok di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur ( KLIA), di sini kelmarin.

Untuk rekod, Cheng Hoe dilantik sebagai pengendali skuad negara pada Disember 2017, bagi menggantik­an Nelo Vingada dari Portugal yang melepaskan jawatannya selaku ketua jurulatih pasukan kebangsaan walaupun baharu mengendali­kan skuad negara selama tujuh bulan.

Dalam pada itu, Hamidin menjelaska­n FAM masih mengekalka­n sasaran juara untuk skuad negara pada kempen Piala AFF Suzuki pada kali ini dan berharap semua pemain dapat mengekalka­n momentum menghadapi dua aksi final menggunaka­n format timbal balik pada 11 dan 15 Disember ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia