Utusan Borneo (Sarawak)

Setelah lewat selama 15 hari, Boca Juniors dan River Plate akur keputusan bermain di Sepanyol

-

MADRID: Enam ribu batu jauh dan lewat 15 hari daripada jadual, perlawanan akhir Copa Libertador­es di antara Boca Juniors dan River Plate akan berlangsun­g akhirnya.

Terdapat keengganan, aduan dan ugutan untuk membawa perkara itu ke mahkamah, tetapi para pemain Boca dan River, dua seteru bola sepak paling besar di Argentina, mendarat di Madrid dan semua petanda menunjukka­n bahawa perlawanan pusingan kedua akan berlangsun­g.

Kedua-dua pasukan berlatih Khamis lepas, Boca di pangkalan pasukan kebangsaan Sepanyol di Las Rozas manakala River di padang Valdebebas milik Real Madrid, dan para pemain kelihatan bersemanga­t, ketawa dan bergurau, sambil melompat di atas belakang satu sama lain.

Malah segelintir penyokong menunggu di luar, ada yang membawa bendera atau buku nota yang dibuka untuk autograf, walaupun ia jauh sekali dari Bombonera, yang penuh sesak untuk sesi latihan pembukaan sebelum jadual perlawanan asal pada bulan lepas.

Perlawanan itu terpaksa ditunda, sebanyak tiga kali, seleaps penyokong River mencederak­an pemain Boca dalam satu serangan ke atas bas pasukan mereka.

Ia sebenarnya dapat dibatalkan, atau dianugerah­kan kepada Boca, tetapi CONMEBOL, persekutua­n bola sepak Amerika Selatan, memilih untuk memindahka­n perlawanan akhir ke Sepanyol.

Perlawanan akhir di Santiago Bernabeu seharusnya menjadi sesuatu yang boleh dinikmati, khususnya apabila piala Copa Libertador­es menjadi rebutan pada hari ini (Ahad), hadiah paling berprestij dalam bola sepak kelab Amerika Selatan.

Sebaliknya, apabila pemain tamat berlatih dan bercakap kepada wartawan, rasa kesal menjadi jelas.

“Ia adalah perlawanan akhir yang pelik,” kata Carlos Tevez, yang pernah bermain bersama Manchester United dan Man- chester City, dan sekarang seorang penyerang untuk Boca.

“Mengadakan perlawanan di antara Boca dan River di Madrid, ia adalah pelik.”

Penjaga gol River, Franco Armani, berkata: “Kami lebih suka jika perlawanan itu diadakan di negara sendiri, di atas padang kami, di hadapan penyokong kami, yang berhak, tetapi keputusan sudah dibuat. Kami perlu menjadikan­nya perkara terbaik.”

CONMEBOL berkata Madrid adalah bandar raya tuan rumah yang “berkecuali”, dengan komuniti warga Argentina terbesar di luar Argentina, dengan tradisi bola sepak yang lama dan berjaya. Ia juga akan menjadi hos bagi perlawanan akhir Liga Juara- Juara pada Jun tahun depan.

Bagaimanap­un, bagi ramai orang, ini adalah perlawanan paling penting dalam sejarah Argentina dan pemindahan­nya adalah satu keaiban kebangsaan. Ini ialah kerana Copa Libertado- res dinamakan sempena mereka yang mendapatka­n kemerdekaa­n daripada negara-negara seperti Sepanyol pada awal abad ke-19.

“Malangnya bagi saya, perlawanan ini sudah hilang kepentinga­n lagi dalam hati saya,” kata jurulatih Real Madrid dari Argentina, Santiago Solari, pada Rabu lepas.

Boca dan River pada mulanya enggan. Boca percaya River sepatutnya melepaskan trofi berkenaan dan menyatakan mereka akan membawa kes itu ke Mahkamah Timbang Tara Sukan. Bergantung kepada keputusan pada hujung minggu ini, mereka mungkin akan meneruskan hasrat itu.

Sementara itu River sudah kehilangan kelebihan bermain di tempat sendiri yang dinikmati Boca dalam perlawanan pusingan pertama, yang berakhir 2-2, selain manfaat ekonomi, walaupun CONMEBOL berjanji untuk membayar gantui rugi bagi sebarang hasil pendapatan yang sepatutnya mereka perolehi.

“Ia adalah sistem keselamata­n yang gagal, jelas sama sekali,” kata presiden River, Rodolfo D’Onofrio, kepada El Pais kelmarin. “River adalah mangsa.”

Bagaimanap­un golongan yang paling dinafikan mungkin ribuan penyokong yang dikecewaka­n dan kemudian ditinggalk­an di Argentina.

Ada yang telah pergi ke Sepanyol, termasuk Agustin Giacone, seorang penyokong Boca yang tiba di Madrid pada Rabu lepas. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? TANDA SOKONGAN: German Lopez, (kiri) penyokong River Plate bergambar bersama adiknya Gonzalo Lopez yang merupakan seorang penyokong Boca Junior di hadapan Stadium Santiago Bernabeu di Sepanyol Madrid bagi menyaksika­n perlawanan akhir Copa Libertador­es.
— Gambar Reuters TANDA SOKONGAN: German Lopez, (kiri) penyokong River Plate bergambar bersama adiknya Gonzalo Lopez yang merupakan seorang penyokong Boca Junior di hadapan Stadium Santiago Bernabeu di Sepanyol Madrid bagi menyaksika­n perlawanan akhir Copa Libertador­es.
 ?? — Gambar AFP ?? CEMERLANG: Morgan ketika beraksi bersama AS pada aksi perlawanan akhir CONCACAF Wanita di Texas pada 16 Oktober 2018.
— Gambar AFP CEMERLANG: Morgan ketika beraksi bersama AS pada aksi perlawanan akhir CONCACAF Wanita di Texas pada 16 Oktober 2018.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia