Utusan Borneo (Sarawak)

Alex Morgan pemain wanita terbaik AS

-

CHICAGO: Alex Morgan, yang menjaringk­an 18 gol dalam 19 perlawanan untuk membantu Amerika Syarikat (AS) layak bagi mempertaha­nkan kejuaraan Piala Dunia wanita, dipilih sebagai pemain wanita terbaik AS pada tahun ini kelmarin.

Jaringan Morgan sebanyak 18 gol pada 2018 setakat ini jumlah yang terbanyak dalam pasukan dan juga kedua paling banyak yang dia jaring dalam tahun kalendar dalam karier antarabang­sanya, hanya di belakang 2012. Dia menjaringk­an 98 gol antarabang­sa dalam kariernya.

Pada tahun ini Morgan menjaringk­an gol ketika menentang sembilan negara berlainan dengan beberapa gol dalam enam perlawanan, termasuk hatrik ketika menentang Jepun dalam Kejohanan Negara-Negara.

Dia menjaringk­an tujuh gol untuk memenangi kasut emas dalam kejohanan kelayakan Piala Dunia CONCACAF, yang dimenangi oleh AS untuk menempah tempat dalam kejohanan Piala Dunia pada tahun depan di Perancis.

“Saya gembira kerana saya dapat menyumbang dengan cara ini keapda Pasukan Kebangsaan, terutamany­a menjelang tahun Piala Dunia, kerana ia adalah penting bagi seluruh pasukan untuk mendapatka­n keyakinan dan momentum,” kata Morgan, yang dipilih sebagai Pemain Terbaik buat kali kedua.

“Untuk dipilih sebagai kapten bersama Megan (Rapinoe) dan Carli (Lloyd), saya rasa saya dicabar untuk berjaya dengan cara yang amat positif dan rasa selesa berkembang dalam peranan yang lebih besar ini bersama pasukan.

“Saya juga gembira kerana saya dapat meningkat dan berubah dalam permainan saya. Terdapat tenaga yang baik dalam pasukan sekarang dan semua kami benar-benar tidak sabar lagi mahu bermula pada tahun depan.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia