Utusan Borneo (Sarawak)

Serian Project Team selangkah rangkul kejuaraan Liga Super Serian LSC

-

KUCHING: Serian Project Team hanya selangkah untuk merangkul mahkota kejuaraan Liga Super Serian LSC bagi edisi 2018.

Namun, skuad itu perlu menempuh halangan terakhir iaitu berdepan Holdfast FC pada perlawanan berlangsun­g di Stadium Serian petang ini.

Jika menang, kejuaraan akan sah menjadi milik Serian Project Team.

Sebaliknya, jika tewas atau seri akan membuka laluan kepada skuad Marr SC yang berada di kedudukan kedua dalam carta liga untuk muncul juara.

Ketika ini, Serian Project Team berada kedudukan teratas liga dengan empat mata disusuli Marr SC dengan tiga mata.

Armada Pemuda Bukit Semuja berada kedudukan ketiga dengan dua mata dan Holdfast FC terakhir dengan satu mata.

Perlawanan Serian Project Team dan Holdfast FC akan bermula jam 2 petang.

Manakala perlawanan di antara Armada Pemuda Bukit Semuja dan Marr SC akan dilangsung­kan pada 16 Disember ini juga di venue sama.

 ??  ?? KLINIK: Syed Anuar (belakang tiga kiri) dan Engku Ili (belakang empat kiri) bersama para peserta.
KLINIK: Syed Anuar (belakang tiga kiri) dan Engku Ili (belakang empat kiri) bersama para peserta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia