Utusan Borneo (Sarawak)

24 pasukan bakal berentap Kejohanan Futsal Piala SABERKAS Bukit Saban

-

BETONG: Sebanyak 24 pasukan disasarkan penyertaan Kejohanan Futsal Piala SABERKAS Bukit Saban 2018 dianjurkan SABERKAS Bukit Saban dan dijadualka­n pada 13 hingga 15 Disember ini.

Menurut jurucakap penganjur, kejohanan terbuka kepada peminat serta pengiat sukan futsal di negeri ini dan menepati syarat ditetapkan menyertai kejohanan tersebut.

“Kita menetapkan gelanggang futsal Pelikoi, Layar sebagai venue utama kejohanan.

“Sasaran tidak lebih daripada 24 pasukan sekitar Betong terutamany­a penduduk rumah panjang kawasan Pelikoi, Layar menyertai kejohanan julung kali ini,” katanya.

Penganjur menawarkan hadiah wang tunai RM1,000 berserta piala dan medal bagi juara manakala naib juara bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM700 berserta piala dan medal.

Pemenang tempat ketiga menerima hadiah wang tunai RM500 serta piala dan medal, dan tempat keempat menerima wang tunai RM300 serta medal.

“Dalam pada itu, penganjur menetapkan yuran penyertaan sebanyak RM100 untuk setiap pasukan,” katanya.

Tarikh tutup penyertaan pada 11 Disember dan cabutan undi diadakan pada 12 Disember ini.

Untuk sebarang pertanyaan boleh menghubung­i Emparie Tom di talian 019-8399792. KUCHING: Pasukan UG KPA mengekalka­n momentum sebagai pendahulu Liga Trio Korporat Megalanes Sarawak susulan kemenangan 15- 5 ke atas Al- Bait Bowlers.

Turut beraksi cemerlang Minions menundukka­n CJ7 dengan 16- 4 naik kedudukan kedua manakala DBKU semakin menghampir­i dua pasukan teratas selepas menewaskan Pelita 12- 8 dalam satu lagi aksi.

Mencuri tumpuan pasukan Evo yang membelasah MTACYS Bowlers dengan 20- 0 untuk membolehka­n mereka menghuni tangga keempat liga. Kedudukan kelima pasukan PSKPP yang menang besar 17- 3 mengatasi Landas.

Malang buat CJ7 yang jatuh dari tangga kedua ke tangga ketujuh selepas kekalahan di tangan Minions.

Sementara itu, peserta Landas Mohd Fauzi Mohamad masih mengunggul­i perebutan anugerah ‘ Individual High Game’. Beliau dicabar Ahmad Rodzli Hashim mewakili MTACYS Bowlers di kedudukan kedua.

Mohd Fauzi turut mendominas­i perebutan ‘ Individual High Series’ dan dicabar peserta Al- Bait Bowlers, Sulaiman Mahili berada kedudukan kedua.

Untuk anugerah ‘ Team High Game’, Landas masih di hadapan sambil disaingi DBKU manakala Team UG KPA dan PSKPP dalam senarai pertama dan kedua perebutan anugerah Team ‘ High Series’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia