Utusan Borneo (Sarawak)

Kumpulan AmBank adakan Klinik Golf

-

SIBU: Kumpulan AmBank mengadakan Klinik Golf pada 3 Disember lalu khusus untuk anak-anak pelanggan AmBank Priority.

Klinik Golf itu sempena Kejohanan Golf Remaja Antarabang­sa AmBank–SportExcel di Glenmarie Golf and Country Club dari 4 hingga 6 Disember lalu.

Naib Presiden Eksekutif, Pemasaran dan Komunikasi Korporat Kumpulan Am- Bank, Syed Anuar Syed Ali berkata klinik itu selaras dengan insiatif AmBank mencungkil bakat-bakat baharu dalam sukan golf.

Katanya, dengan program yang sesuai itu dapat melahirkan pemain-pemain golf bertaraf dunia pada masa hadapan.

“Kita berharap dapat melahirkan pemain-pemain golf berbakat dan pada masa sama menyumbang kepada pembanguna­n sukan kalangan generasi muda di negara ini.

“Ini julung kali kita menyediaka­n peluang seumpamany­a kepada pelanggan serta penghargaa­n kerana melakukan urusan perbankan dengan AmBank,” kata Syed Anuar.

Hadir sama Naib Presiden Perhubunga­n Media dan Komunikasi Kumpulan AmBank, Engku Ili Hanisah Engku Zainal Abidin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia